Penerima Biasiswa Kecil Persekutuan KPM Lawat Sekolah

Slide1SMIYT KTRG SBT , 25 September : Seramai 21 penerima biasiswa kecil Persekutuan Cemerlang bersama 7 Pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah mengunjungi sekolah ini pagi tadi.

Mereka disambut oleh Pengurusan sekolah yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip , Penolong Kanan Ulul Albab dan semua Ketua Jabatan serta Panitia Matapelajaran.

Tujuan lawatan tersebut adalah bagi meningkatkan motivasi pelajar agar lebih cemerlang dan mempunyai daya saing dalam meningkatkan prestasi akademik serta moral individu.

Slide2Slide9Slide1Slide3Slide4Slide5Slide6Slide8Slide10Slide11

Timbalan Pengarah JAKIM Rasmi Majlis Graduasi Al Huffaz 2014

Slide87SMIYT KTRG SBT , 21 September : Majlis Graduasi Al Huffaz Kali Ke 2 telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah JAKIM , Tuan Haji Awang Khalid bin Mat Ali.

Beliau yang mewakili Pengarah JAKIM telah disambut oleh Puan Pengetua Sekolah dan Semua Penolong Kanan dan Ketua Jabatan.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu , KPP Pendidikan , Encik Jusoh bin Mat yang mewakili Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu , Ustaz Wan Mohd Azman, Penolong Pengarah bahagian Quran yang mewakili Pengarah Yayasan Terengganu , Ustaz Razak dari JPN , Tuan Haji Jain yang mewakili Pengerusi MPIBG sekolah serta pegawai yang lain.

Program ini merupakan majlis Graduasi kali ke 2 yang melibatkan 65 pelajar tingkatan 5 yang telah khatam Al Quran 30 juzuk. Semua hadiah dan cenderahati disampaikan oleh Tuan Haji Awang Khalid bin Mat Ali, Timbalan Pengarah JAKIM.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau serta pegawai yang lain kerana sudi meluangkan masa bagi memeriahkan majlis ini.

Dalam majlis tersebut , Muizzudin bin Mohd Zunaidi dan Nor Syatirah binti Mohd Nor telah terpilih menerima anugerah khas Imam Asyatibi dan Rabiatul Adawiyyah. Tahniah kepada mereka.

 

Slide27Slide41Slide52Slide55Slide53Slide61Slide2Slide1Slide2

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

Lawatan Penanda Aras Dari Jabatan Hal Ehwal Agama Perlis

Slide23SMIYT KTRG SBT , 21 September : Seramai 4 orang pegawai yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Perlis telah mengunjungi sekolah ini pagi tadi.

Tujuan lawatan tersebut ialah untuk melihat sendiri perkembangan pembelajaran di sekolah ini serta meninjau pelajar menghafaz Al Quran. Mereka disambut oleh Puan Mardziah binti Che Abdullah dan semua Penolong Kanan.

 

Lawatan Penanda Aras Tahfiz Ulul Albab Dari IPGM

Slide8SMIYT KTRG SBT , 9 September : Seramai 4 orang Pegawai dari Institut Pendidikan Guru , Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengunjungi sekolah ini pagi tadi.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat kaedah hafaz Al Quran  bagi melaksanakan Tahfiz Model Ulul Albab di Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2014 dengan menggunakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz yang akan dilaksanakan oleh Guru-guru Tahfiz yang sedia ada.

Slide3Slide15Slide6

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.