Lawatan Penandaarasan Majlis Guru Besar Sekolah IKRAM Musleh

Slide7SMIYT KTRG SBT , 29 April : Seramai 35 orang Guru Besar Sekolah IKRAM Musleh telah mengunjungi sekolah ini jam 9 pagi tadi. Mereka telah disambut oleh Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan HEM , kaunselor , Puan Ramlah serta Ketua Jabatan.

Lawatan ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah dan berkongsi dialog mengenai perkembangan Pendidikan Islam di Sekolah. Rombongan tersebut telah dibawa melihat pelajar menghafaz Al Quran sebelum diberi taklimat di bilik Mesyuarat.

Slide3Slide5Slide13

Gambar selanjutnya akan menyusul

Lawatan Penanda Aras Dari SM Al Azhar , Jitra Kedah

Slide9SMIYT KTRG SBT , 28 April : Pihak Pengurusan sekolah hari ini telah menerima kunjungan rombongan seramai 33 pelajar dan 3 guru pengiring daripada Sekolah Menengah Al Azhar , Jitra Kedah.

Mereka telah disambut mesra oleh Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan HEM serta Ketua Jabatan. Rombongan ini bertujuan untuk melihat sendiri sistem pengajaran dan pembelajaran di sini. Semoga ianya memberi imput yang berguna apabila pulang ke Negeri kedah nanti.

Slide3Slide12Slide7Slide1Slide2Slide4Slide5Slide6Slide11

 

Bakti Al Fateh Di Bumi Kemboja

IMG-20150425-WA0023Pada14 – 18 Mac yang lalu, rombongan Al Fateh bersama guru pengiring yang diketuai oleh Ustazah Mardziah binti Che Abdullah , Puan Pengetua ke Kemboja dalam misi bantuan kemanusiaan. Khidmat bakti Al fateh ini bertujuan sebagai kesinambungan program komuniti dengan melangkah lebih jauh dalam mencurah bakti dan menjalin persaudaraan dengan komuniti di Kemboja.

Selain daripada itu iainya juga memberi pengalaman dan muhasabah diri kepada pelajar dengan melihat sendiri, menjiwai dan menimbulkan rasa syukur melihat kekurangan dan kemiskinan pelajar muslim Kemboja. Dismapng itu juga dapat menjalin silaturrahim dan memperluaskan persaudaraan sesama umat Islam dan pendedahan kepada ilmu kemasyarakatan untuk dipraktik dalam dunia sebenar.

Dalam misi tersebut satu MOU telah dimeterai dengan Madrasah Syafie dan memberi sumbangan buat muslim di Kampung tersebut. Satu lawatan ke Keliling Field telah diadakan di mana tempat pembunuhan rejim Pol Pot. Rombongan Al Fateh ini telah berangkat pulang dan tiba di KLIA pada 18 Mac 2015.

Semoga bakti al Fateh ini mendapat keredhaan Allah selalu hendaknya.

IMG-20150425-WA0025IMG-20150425-WA0033IMG-20150425-WA0040

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

TAHNIAH ANAK-ANAK AL FATEH!!!!

Encik Mazlan Rasmi SEM

Slide1SMIYT KTRG SBT , 27 April : Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Imtiaz, Encik Mazlan bin Che Wil  telah merasmikan Schoolwide Enrichment Model ( SEM ) baru-baru ini.

Beliau telah diiringi oleh Pengetua sekolah, Ustazah Mardziah bin Che Abdullah serta penolong Kanan dan ketua Jabatan. Terdahulu dari itu beliau telah meluangkan masa untuk melawat pameran Science World sebelum merasmikan SEM di dewan Asyatibi.

Slide2Slide3Slide4

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.