Lawatan Penadaarasan SMK Kuala Muda , Kedah

Slide10SMIYT KTRG SBT : Baru-baru ini pihak sekolah telah menerima kunjungan daripada SMK Kuala Muda , Kedah dalam rangka lawatan penandaarasan.

Rombongan tersebut telah disambut mesra oleh pengurusan sekolah yang terdiri daripada Ustaz Ridzuan bin Aziz selaku Ketua Jabatan Al Quran , Cikgu Rohani Osman , Ketua Jabatan Bahasa dan juga Cikgu Jahani. Mereka diberikan taklimat khas mengenai sekolah dan PdP.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Slide7Slide2Slide10

Lawatan Verifikasi Penilaian Anugerah Kualiti Institusi Pendidikan Agama

Slide2SMIYT KTRG SBT , 13 Ogos : Hari ini pihak sekolah telah menerima kunjungan dan lawatan daripada 2 orang pegawai yang akan membuat penilaian bagi Anugerah Kualiti Institusi Pendidikan Agama.

Mereka ialah Ustaz Ahmad Zulfakor bin Darusa , Bahagian Pendidikan Islam KPM dan Ustaz Ibrahim bin Ahmad dari Sektor Pendidikan Islam JPNT.

Mereka telah disambut oleh pengurusan sekolah yang terdiri daripada Puan Pengetua , Ustazah Mardziah binti Che Abdullah , Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani , Penolong Kanan HEM, Ustaz Md Nor bin Yahya , Penolong Kanan Kokurikulum dan Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin haji Uzip , Penolong Kanan Ulul Albab serta Ustaz Ahmad Fathi bin Mokhtar , Ketua Jabatan Agama.

Mereka kemudian telah diberi taklimat khas di bilik Galeri.

Slide1Slide3Slide4Slide2

Karnival Matematik & Kokurikulum BRalnS Peringkat Kebangsaan

Slide12SBP INTEGRASI , 5 Ogos : Satu Pameran Ulu Albab sempena Karnival Matematik & Kokurikulum BRalnS Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 30 Julai dan berakhir 1 Ogos yang lalu bertempat di SBP Integrasi Batu Rakit.

Pelbagai pameran diadakan yang meliputi beberapa buah sekolah.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Slide31Slide40Slide21

Majlis Sambutan hari raya Aidilfitri 2015

Slide53SMIYT KTRG SBT , 26 Julai : Satu majlis sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan pada petang ini yang merupakan acara tahunan sekolah.

Kehadiran YDP Tuan Mohd Zulkifli Abu Bakar , Wakil Jabatan Pendidikan Terengganu , Jabatan Audit Negeri , Wakil Yayaysan Terengganu , Alumni serta guru dan kakitangan dan juga pelajar telah memeriahkan majlis ini.

Diharap majlis seumpama ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara mereka.

Slide28

Slide34Slide79

 

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2015

MAAF ZAHIR & BATIN

 

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.