Majlis Persaraan Abi KO, Ustaz Md Nor Yahya

Ahad, 20 Julai 2025: Majlis “Sanjungan Budi, Lestari Kasih” telah diadakan untuk merayakan persaraan Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor Bin Yahya yang lebih mesa dennen panggilan “Abi KO”. Majlis diadaken sebagai menghormati dan memberikan penghargaan kepada beliau atas sumbangan dan perkhidmatannya selama ini.ย  Pelbagai acara termasuk persembahan badan beruniform, pencak silat, paluan kompang, ucapan, bacaan doa, dan penyampaian cenderamata dilangsungkan dengan penuh penghargaan bagi menghargai jasa beliau dalam dunia pendidikan.

Warga sekolah mengucapkan Selamat Bersara kepada Abi KO. Segala salah dan silap harap dimaafi. Semoga tautan kasih kami akan kekal utuh menjadi selingkar kenangan kepada Ustaz. Selaut kasih, selangit kasturi, seharum setanggi, sejambak bunga terima kasih, titipan kasih buatmu PK Kokurikulum.

Kuning emas masaknya padi

Mawar merah dalam jambangan

Terima kasih daun keladi

Budi Tuan dalam kenangan

Galeri gambar & video boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.