Slide6SMIYT KTRG SBT, 14 Fabruari : Seramai 11 orang guru pengiring dan 70 pelajar dari Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, Pahang telah mengunjungi sekolah ini dalam rangka lawatan penandaarasan hari ini.

Rombongan ini disambut oleh pihak Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan HEM, Ustaz Md Nor bin Yahya, Penolong Kanan Kokurikulum serta semua Ketua Jabatan.

Rombongan tersebut telah dibawa melihat pelajar menghafaz Al Quran di Surau dan Balai Quran sebelum mendengar taklimat mengenai sekolah oleh Tuan Haji Ahmad Ridhuan.

Selepas sesi taklimat mereka di bawa pula ke bilik galeri sekolah dan melihat persekitaran sekolah dan asrama.

Slide40Slide33Slide30Slide16Slide9

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI