Guru begitu kusyuk mendengar taklimat mengenai Kelas Maya oleh penceramah

Bagi meningkatkan lagi mutu pembelajaran di kalangan guru mengenai Kelas Maya, satu kursus telah diadakan pada pagi ini kepada semua guru yang mengajar tingkatan 1 tahun 2011.

Menurut penyelaras Projek Tingkatan 1, Puan Wan Mardhiana binti Wan Fauzi, tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua guru tingkatan 1 tentang penggunaan kelas maya yang akan diajarkan kepada semua pelajar tingkatan 1. Disamping itu juga, untuk memahirkan guru dalam penggunaan ICT di peringkat sekolah serta dapat melahirkan guru yang kreatif dan inovatif dalam penguasaan ICT pada masa kini.

Untuk galeri gambar seterusnya sila klik di sini