Kem Prestasi Gemilang Tingkatan 1

Qurata Riverside Resort, Kuala Ibai, 14 Okt 2025: Unit Badar dan Unit Sahsiah sekolah telah menganjurkan sebuah kem sahsiah khusus untuk pelajar Tingkatan 2 bermula hari ini. Pihak pengajur juga menjemput Ustaz Ahmad Sofwat Bin Osman dari Awken Success Trading Consultant sebagai moderator kem ini.

Berdasarkan Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025 terdapat pelbagai kemahiran yang perlu diberi perhatian untuk membolehkan para pelajar berdaya saing di peringkat global. Pengurusan sahsiah pelajar di sekolah memainkan peranan penting bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan memperkembangkan potensi pelajar secara optimum selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Inisiatif yang berfokus, urusan berterusan dan pencapaian berimpak dalam perkembangan sahsiah pelajar, peningkatan disipilin pelajar dapat melahirkan insan unggul serta budiman. Oleh itu, kem ini akan memfokuskan pembinaan jati diri kepada seramai 104 orang murid Tingkatan 2 SM Imtiaz YT Kuala Terengganu. Kem yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini diharap dapat membantu meningkatkan semangat bekerja secara berpasukan dalam kalangan pelajar seterusnya bertindak secara efektif sebagai penanda aras dalam melahirkan ikon pelajar yang holistik.

Antara objektif kem ini ialah:

  • Membina sahsiah diri dan mengurangkan kelemahan diri supaya dapat membina sikap positif.
  • Membentuk sebuah badan kepimpinan prohuffaz yang mampu memberi dorongan untuk membina budaya saling membantu untuk mencapai visi dan misi kepimpinan pelajar Tingkatan 2.

 

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.