Kem Pemantapan Hafazan Pelajar Tingkatan 1

DK Homestay, Serada, 16-18 Nov 2025: Seramai 36 orang pelajar Tingkatan 1 SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah mengikut sebuah Kem Pemantapan Hafazan selama 3 hari anjuran Unit Al-Quran Tingkatan 1 sekolah. Kem ini diadakan bagi membantu pelajar menamatkan silibus tahunan secara teratur, khususnya bagi pelajar yang sedang berada pada Juzuk 4 dan 5.

Antara objektif program ini adalah:

  • Menyelesaikan silibus tahunan Al-Quran dengan teratur.
  • Mempertingkat penguasaan tajwid dan kelancaran bacaan.
  • Meningkatkan disiplin hafazan pelajar.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.