
Kompleks Desa Taqwa, Telemong: Kem Mencipta A+ Tingkatan 4 Siri 1 (2025) adalah dikhususkan untuk pelajar Tingkatan 4. Kem ni merupakan salah satu usaha Unit Projek Kecemerlangan Tingkatan 4 Sekolah Menengah Imtiaz YT Kuala Terengganu bagi memastikan pelajar dapat menghabiskan sukatan tahunan dalam masa yang telah ditetapkan bagi memberi lonjakan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2025. Kem ini dikendalikan oleh guru-guru subjek Tingkatan 4 Sekolah Menengah Imtiaz YT Kuala Terengganu yang diadakan selama 3 Hari 2 malam bermula pada 19 Ogos 2025.
Berikut adalah objektif program ini diadakan:
- Membantu pelajar untuk terus berusaha menghafaz dan menghabiskan sukatan masing-masing.
- Memupuk kesedaran supaya pelajar lebih bermotivasi untuk menghafaz dan mencapai sukatan yang telah ditetapkan.
- Memastikan pelajar lebih fokus dalam menghafaz sekaligus menghabiskan sukatan tahunan sepertimana yang telah ditetapkan.
- Menggembleng kerjasama erat pelbagai pihak ke arah membantu pelajar menghabiskan sukatan dengan baik.