
Maecon D’River Beladau Selat, 19-21 Nov 2025: Seramai 35 orang pelajar Tingkatan 1 SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah mengikut sebuah Kem Ikon Huffaz Inspirasi selama 3 hari anjuran Unit Al-Quran Tingkatan 1 sekolah. Kem iniĀ bertujuan untuk memberi semangat dan motivasi kepada pelajar yang telah menamatkan silibus Al-Quran, sambil menekankan pembinaan disiplin hafazan secara berterusan.
Antara objektif program ini adalah:
- Memberi semangat dan motivasi kepada pelajar yang telah menamatkan silibus Al-Quran.
- Memantapkan disiplin hafazan secara berterusan.
- Meningkatkan penguasaan bacaan dan tajwid.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.