Karnival Semarak Perpaduan Bahasa

SK Sultan Sulaiman, 19 Ogos 2025: Seramai 4 orang pelajar daripada SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah menyertai Pertandingan Scrabble anjuran pihak PPD Kuala Terengganu dan telah memenangi tempat keempat bagi peringkat Daerah Kuala Terengganu. Peserta yang terlibat adalah daripada pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 iaitu Ahmad Ibrahim Arrayyan bin Ahmad Fikeri, Muhammad Umar bin Muhamad Malim, Nur Afiqah Dania bt. Ahmad Nazwan dan Che Muhammad Fadhlan.

Pertandingan seperti ini boleh meningkatkan kemahiran bahasa dan perbendaharaan kata peserta, menajamkan daya ingatan dan otak melalui penggunaan perkataan, serta memupuk semangat kerjasama dan persaingan sihat di kalangan peserta. Ia juga bertujuan untuk menyediakan platform interaksi sosial, menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris atau Melayu dengan baik dan menawarkan aktiviti riadah yang bermanfaat untuk otak.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.