Category: Ulul Albab

Temuduga Guru Al Quran 2013

SMIYT KT SBT , 6 Januari : Seramai 111 calon Guru Al Quran akan menghadiri sesi temuduga bagi pengambilan tahun ini.

Menurut Ustaz Wan Azman bin Wan Abdullah, Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Agama & Al Quran, Yayasan Terengganu, kesemua calon ini akan ditapis melalui sesi temuduga oleh panel yang dilantik dari pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu.

Tambahnya lagi, calon yang layak akan diberikan kursus sebelum ditemuduga sekali lagi. Mereka yang berjaya akan di tempatkan di 5 buah sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu iaitu 19 orang di Imtiaz KT, 5 di Imtiaz KB, 10 di Imtiaz Dungun, 14 di Imtiaz Besut dan 9 di Imtiaz Kemaman.

Sesi temuduga bermula jam 10 pagi tadi dan dijangka selesai jam 4.30 petang nanti.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Kursus Tajwid Siri 4

KUALA TERENGGANU , 29 Ogos : Kursus tajwid guru dan kakitangan ini  merupakan lanjutan daripada kursus tajwid Siri 3 yang lalu.

Ianya telah diadakan di bilik kuliah bermula 2.30 petang tadi dan berakhir 4.30 petang. Pihak sekolah telah mengundang seorang penceramah dari Institut Quran Terengganu ( IQT ) iaitu Ustaz Mohd Hafas bin Haji Ali yang merupakan seorang pensyarah di IQT.

Majlis Perasmian Penutup Program Tadarus Al-Quran ( Keluarga ) 1433H

KUALA TERENGGANU , 14 Ogos : Majlis tersebut telah diadakan pada 13 Ogos di Dewan Utama Yayasan Pembangunan Keluarga ( YPK ).

Program ini adalah dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga ( YPK )  sempena Ihya’ Ramadhan Peringkat Negeri Terengganu. Pihak Sekolah ingin  mengucapkan jutaan terima kasih kepada YPK kerana memberi kepercayaan penuh kepada pelajar hafiz sekolah ini sepanjang bulan Ramadhan untuk sama-sama bertadarus dengan jemaah masjid sepanjang tempoh tersebut.

Berikut adalah beberapa buah masjid yang  telah dihadiri oleh anak soleh pintar hafiz .

 

Masjid As Salam Batu Rakit

Masjid Gelugor Raja

Masjid Gong Kijang Bukit Tunggal

Masjid Gong Tok Nasek

Masjid Kg. Tok Jamal

Masjid Kg wakaf Baru Gong Badak

Masjid Kg Kubang Durian Gelugor

Masjid Kg. Pengkalan Berangan

Masjid Seberang Takir

Masjid Tengku Sulong Padang Negara

Surau Gong Kapas

Dewan Utama Yayasan Pembangunan Keluarga ( YPK ) Negeri Terengganu

Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa Bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu

KUALA TERENGGANU , 14 Ogos :  Majlis tersebut telah di adakan di masjid Al-Ikhlas, Manir pada 11 Ogos yang lalu.

Sultan Terengganu, DYMM Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Almuktafi Billah Shah berkenan untuk sama-sama berbuka puasa di Masjid tersebut.

Cukup bertuah ialah para hafiz Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu kerana dapat bersalam-salaman dengan Tuanku.

Gambar selanjutanya sila KLIK DI SINI