Category: Ulul Albab

Tahniah!!! Robotik Sekolah Mara Ke Peringkat Kebangsaan

20130613_172932SMIYT KTRG SBT , 16 Jun: dengan semangat dan usaha yang gigih akhirnya peserta sekolah telah berjaya mendapat Naib Johan dalam Kategori komodo island Pertandingan Robotik Peringkat Negegri Terengganu yang telah diadakan di SMK Padang Negara pada 13hb yang lalu sekaligus mara ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Melaka pada bulan November nanti.

Terdahulu dari itu, peserta sekolah telah menunjukkan kehebatan menggunakan robotik dapat menewaskan beberapa buah yang lain dan mendapat kedudukan yang terbaik untuk ke peringkat kebangsaan nanti.Tahniah kepada 3 orang pelajar sekolah ini yang telah mengharumkan nama sekolah ke peringkat kebangsaan. Mereka ialah Amir Fahmi bin Abdullah, Muhammad Farhan bin Othman dan Muhammad Ali bin Mansor.

 

Simposium Kebangsaan Sekolah Berprestasi Tinggi – Imtiaz K.Trg Dapat 3 Anugerah Emas

20130608_132426SMIYT KTRG SBT , 16 Jun : Pihak sekolah ingin merakamkan tahniah dan syabas kepada 2 orang peserta dari sekolah ini kerana telah mendapat anugerah emas dalam simposium Kebangsaan Sekolah Berprestasi Tinggi yang telah diadakan di Sekolah Men. Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan pada 5 hingga 8 Jun baru-baru ini. Sebanyak 50 buah sekolah SBT menyertai pertandingan ini.

Peserta yang dimaksudkan ialah Syed Ahmad Akram bin Habit Mustafa mendapat 2 emas iaitu dalam kategori Kalimatus Sobah dan Penulisan Karangan serta Syed Mukmin bin Syed Azman mendapat 1 emas dalam pertandingan Poetry.

Tahniah dan syabas untuk mereka kerana telah menaikkan nama sekolah di peringkat Kebangsaan. Juga tidak dilupakan kepada guru pengiring serta jurulatih.

 

Ujian Menghafaz Al-Quran Pelajar Sekolah Negeri Terengganu Tahun 1434H/2013

Slide18SMIYT KTRG SBT , 16 Jun : Ujian menghafaz Al-Quran pelajar sekolah Negeri Terengganu telah diadakan pagi ini.

Seramai 219 pelajar sekolah ini telah diterima permohonan bagi menduduki Ujian tersebut. Sehubungan dengan itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu telah menghantar seramai 16 orang pegawai sebagai panel hakim untuk menguji hafazan para pelajar. Ianya diadakan di dewan Asyatibi.

Slide17Slide16Slide14

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Amir Fahmi Naib Johan Hafazan Peringkat Negeri Terengganu 2013

Slide4SMK PENGKALAN BERANGAN : Pelajar Tingkatn 4, Mohd Amir Fami muncul naib johan hafazan kategori Sekolah Menengah dalam Majlis Tadarrus Al Quran dan Festival Nasyid yang diadakan di SMK pengkalan Berangan bermula 19hb dan berakhir 20 April 2013.

Sekolah ini telah menghantar 4 pasukan ke peringkat Negeri iaitu Tilawah lelaki, Hafazan lelaki, hafazan perempuan dan pasukan nasyid. Berikut adalah keputusan penuh yang melibatkan pasukan sekolah.

Hafazan lelaki – Naib Johan

Hafazan Perempuan – Ke 3

Tilawah – Saguhati

Nasyid – Saguhati ( saksikan persembahan nasyid ) – sila KLIK DI SINI

Slide2Slide3Slide1