Category: Pentadbiran

Program Jelajah Pembelajaran Terengganu Daripada Sekolah-Sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah

8178077a-37f0-4703-98c6-1ddd4e8d8c7fSMIYT KTRG SBT , 16 April : Hari ini pihak Sekolah telah menerima kunjungan daripada Pejabat Pendidikan dan Sekolah-Sekolah Daerah Melaka Tengah dalam Program Jelajah Pembelajaran Terengganu.

Rombongan tersebut telah disambut oleh Pengurusan Sekolah yang diketuai oleh Pemangku Pengetua , Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani yang merupakan Penolong Kanan Pentadbiran.

Mereka telah dibawa ke bilik Mesyuarat untuk mendengar taklimat khas mengenai perkembangan pembelajaran akademik , kokurikulum serta sahsiah pelajar dan lain-lain lagi.

Seterusnya mereka dibawa ke anjung susu untuk menikmati makanan sampingan pelajar dan juga melihat sendiri kaedah penghafazan Al Quran di Balai Quran dan Surau.

efd4c8dc-4203-48cd-aa3a-d288391034fa4a82f70c-bb69-4f6e-aed6-0f5a4d3a7c985a018a37-b373-4b67-955b-ac8de2dba60918b99f85-c0e1-4d5d-874a-00c2d47dc3db540dfe3c-6e28-4f0d-ad65-519ecc7ecc250969902e-c880-4af1-b054-cb10c642fcc6

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Punch Card Terakhir

e615f004-dd82-4c78-b234-19aa91c245a4SMIYT KTRG SBT , 3 April : Pada 30 Mac yang lalu merupakan hari-hari yang terakhir bagi Encik Mohd Yusoff bin Othman sebagai Pengetua Cemerlang sekolah apabila punch Card terakhir telah disempurnakan oleh beliau yang disaksikan oleh semua guru dan kakitangan.

Kelihatan suasana yang hiba menyelubungi seluruh warga imtiaz K.Trg. Semoga beliau terus mendapat kerahmatan dan kesihatan yang berpanjangan.

0a380928-5f91-416e-b403-8437dea7a5ac3fd42e19-e082-4e5c-81e2-b69819381d2a4ce6a702-8600-4be9-980f-5a26fa3794cb6a76bcec-a655-43dc-8d7e-b2b411827ec38ac72da6-fc89-4819-800e-10c28fbaa19f9c15812e-545f-4cc2-a346-7c5c0cc61dbc58b3cee3-ca5c-4269-baa9-5c9e7cdfebd9129a5ae2-d5c0-4747-9d37-71c58332537e129385e5-bed8-4468-9471-c9bb0beebadf81376508-8bee-490f-86d0-1b3d52e83785cfacb57c-8515-4cd6-9a9c-8b66fe4bf550e615f004-dd82-4c78-b234-19aa91c245a4

TERIMA KASIH CIKGU KERANA MENTADBIR SEKOLAH INI DENGAN JAYANYA.

LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI

 

 

Pengetua SM Imtiaz Kemaman Diraikan

223022677_314258_11142241381999925652SM IMTIAZ YT KEMAMAN , 7 Februari : Pada hari ini dalam sejarah , Pengetua baharu , Ustaz Ruslan bin Ibrahim telah memulakan tugas rasminya dan telah disambut oleh semua Penolong Kanan serta guru dan pelajar .

Pengetua SM Imtiaz YT kemaman , Ustaz Ruslan bin Ibrahim memulakan ucapan ringkas dan mengucapkan terimakasih kepada semua guru di atas sambutan yang di adakan ini. Beliau juga mengucapkan terimakasih kepada rombongan dari SM Imtiaz YT kuala terengganu kerana sudi menghantar beliau ke sini.

Tahniah dan syabas kepada Ustaz Ruslan bin Ibrahim di atas perlantikan sebagai Pengetua SM Imtiaz YT kemaman.

223022363_314396_17161543919860556831223022677_314258_11142241381999925652223024088_314122_16898006490833168619223032848_315668_8234772999199709740223033163_318549_1244783250573316884223033942_317104_9908009140233663109223034215_317667_14624194452679974400

 

Selamat Bertugas Di SM Imtiaz Kemaman

223032315_315939_2590605888151443338SMIYT KTRG SBT , 7 Fabruari : Satu majlis ringkas telah diadakan pada ini bagi meraikan perlantikan Pengetua baharu iaitu Ustaz Ruslan bin Ibrahim yang akan memegang jawatan sebagai Pengetua SM Imtiaz Kemaman.

Pagi ini semua guru , kakitangan serta pelajar mengucapkan tahniah dan selamat bertugas di tempat baharu. seramai 30 orang termasuk guru , kakitangan serta pelajar mengikuti rombongan menghantar Ustaz Ruslan ke Imtiaz Kemaman.

223021079_312828_3549605559684394439223021220_310624_13353458138537521134223021425_313167_4793076037583961026223021501_314789_753403319505872415223021503_311941_16134816926933858846

223024825_313917_9752705361652413121223022145_313470_4494452669741447268223032401_315260_8599404035507560776

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untuk Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World

×

Piagam Pelanggan

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Kami warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dengan tekad dan iltizam berjanji akan berusaha sepenuh hati dan sehabis daya memberikan yang terbaik untuk:

01 — MEREALISASIKAN HASRAT BERSAMA

Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

02 — MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ BERKUALITI

Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu, bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.

03 — MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.

04 — MEMBUDAYAKAN BIAH SOLEHAH

Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

05 — MEMPERKASA PENGURUSAN PENDIDIKAN

Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.

06 — MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.

07 — MEMPERKUKUH UKHUWWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI

Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.

08 — PERKHIDMATAN CEKAP DAN MESRA

Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.