Category: Pentadbiran

Bengkel Memuat Naik Artikel Dalam Laman Web Sekolah

Photo0300SMIYT KTRG SBT, 11 Mac: Unit Dokumentasi sekolah telah mengadakan suatu bengkel untuk memuat naik berita semasa program-program sekolah bagi memantapkan lagi pengurusan laman web  sekolah.  Bengkel ini telah diadakan pada 11 Mac 2013 bertempat di bilik mesyuarat sekolah.

Teruskan Bacaan

9 Delegasi Dari Universiti Sains & Teknologi Jordan ( JUST )

SMIYT KTRG SBT , 24 Februari : Seramai 9 orang delegasi dari Universiti Sains & Teknologi Jordan ( JUST ) telah mengunjungi sekolah ini jam 2.30 petang tadi. Mereka terdiri daripada Timbalan Naib Cencelor, Dekan, Timbalan Dekan dan Pendaftar Universiti tersebut.

Mereka diringi oleh Ustaz Wan Azman dari Yayasan Terengganu dan telah disambut mesra oleh pengurusan sekolah yang terdiri daripada Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah , Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Faidahnam binti Busu, Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan Ulul Albab, Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip serta ketua Jabatan.

Delegasi ini adalah rangka lawatan ke Negeri Terengganu bagi mencari tempat untuk menubuhkan cawangan Pusat Pembelajaran dalam bidang perubatan di Negeri ini.

Mereka telah dibawa ke Bilik Mesyuarat bagi mendengar taklimat mengenai sekolah ini dan taklimat tersebut disampaikan oleh Ustaz Salleh. Terdahulu dari itu, Puan Pengetua Ustazah Mardziah telah menyampaikan ucapan bagi mengalu-alukan kedatangan delegasi tersebut ke sekolah ini.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Perkongsian Ilmu Antara SMK Aminuddin Baki KL dan USIM Dengan SMIYT KTRG SBT

KUALA LUMPUR , 10 Februari : Program perkongsian ilmu ini banyak memberi impak positif kepada semua guru dan kakitangan yang menyertai lawatan ini. Sesuai dengan sekolah SBT yang perlu kepada pendedahan ilmu bagi menaikkan lagi mutu kerja dan cara-cara bagi melaksanakan tugas dan memahami bagaimana perlu mendapatkan KPI yang tinggi.

Dalam program ini yang bermula 7 hingga 9 februari, rombongan sekolah telah mengadakan lawatan ilmiah ke SMK Aminudin Baki Kuala Lumpur dan juga Universiti Sains Islam Malaysia USIM di Nilai Negeri Sembilan.

Ketika berada  di SMK Aminudin Baki Kuala Lumpur, roimbongan kami telah disambut mesra oleh pengurusan sekolah mereka yang diketuai oleh Puan Latifah binti Mahfod.

Semasa melawat USIM,rombongan kami diraikan oleh Encik Firdsaus Asfhan bin Omar, Penolong Pendaftar Pusat Tamhidi seterusnya melawat perpustakaan USIM.

Di akhir slot Puan Faridah binti Yang Razali, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan telah memberikan pengenalan mengenai KPI supaya guru dan kakitangan dapat mempertingkatkan lagi sekolah yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

Majlis Kesyukuran

SMIYT K.TRG SBT , 31 Januari : Majlis ini diadakan sempena kejayaan sekolah mendapat anugerah New Deals dan pengiktiran Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT ) bagi tahun 2012.

Menurut Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani  yang mewakili pengurusan sekolah menyatakan bahawa majlis ini diadakan untuk melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru, kakitangaan dan pelajar serta kepada semua individu dan agensi yang terlibat termasuk alumni kerana sekolah ini mnedapat penganugerahan Bai’ah pengetua sebanyak 2 kali dan mendapat staus sekolah kluster kecemerlangan tahun 2011 dan yang terkini mendapat pengiktirafan sekolah berprestasi tinggi kohort 3, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semoga kecemerlangan yang telah dicipta akan dapat dikekalkan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dan juga dapat melahirkan hafiz dan hafizah yang professional.

Sebanyak 2 ekor lembu telah disediakan dan seekor daripadanya adalah sumbangan peribadi daripada Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI