Category: Kurikulum

Tahniah !! KuizPetronas “Streetsmart – Lesson For Life” 2013 – Imtiaz K.Trg Tempat Ketiga

Slide5Kuala Terengganu , 11 September : Pihak pengurusan sekolah dan seluruh warganya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada team Kuiz kerana telah mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan Kuiz Petronas “Steetsmart” – Lesson For Life” 2013 peringkat Negeri Terengganu yang telah diadakan pada 4 September yang lalu yang membawa pulang wang tunai RM500.00, sijil penyertaan dan pencapaian , barangan petrosains dan tiket masuk percuma ke Petrosains.

Ianya telah diadakan di Dewan Serbaguna Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Sebanyak 40 buah sekolah seluruh Negeri Terengganu Terengganu menyertai pertandingan ini. Peserta dari sekolah ini yang terlibat ialah terdiri daripada pelajar tingkatan 4.

  1. Muhammad Hazwan Bin Nor Azmi
  2. Abdul Hakim Bin Talib
  3. Muhammad Ikhlas Mohd Kamal

Manakala guru yang mengiringi peserta ialah Cikgu Marhaini binti Sulaiman dan Cikgu Mawati binti Selawi.

Slide1Slide3Slide2Slide4Slide6

Tahniah dan syabas kepada guru dan peserta  yang telah mengharumkan nama sekolah di peringkat Negeri.

Percubaan SPM Akan Berakhir Khamis Ini

Slide4SMIYT KTRG SBT , 8 September : Seramai 97 calon SPM 2013 sedang menduduki Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) yang akan berakhir pada khamis ini. Peperiksaan tersebut telah bermula pada 26 Ogos yang lalu.

Semoga calon SPM ini akan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan percubaan dan peperiksaan sebenar nanti.

Slide2Slide3Slide5Slide7Slide10Slide11Slide12

Kolaborasi Bersama Pesantren Nurul Fikri Boarding School Lembang, Bandung Indonesia

Slide239SMIYT KTRG SBT , 2 September : Seramai 12 pelajar dan 2 orang guru  terpilih bagi mengikuti program Kolaborasi bersama penuntut di Pesantren Nurul Fikri Boarding School Lembang, Bandung Indonesia baru-baru ini. Guru tersebut ialah Ustazah Zuraida dan Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani yang juga merupakan Penolong Kanan HEM.

Rombongan sekolah telah bertolak pada 28 Ogos yang lalu dan telah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud seterusnya dari KLIA ke Bandung pada hari yang sama.

Mereka telah diberi pendedahan sistem pembelajaran di sana. Rombongan sekolah telah bertolak pulang pada 1 September 2013. Semoga program seumpama ini akan memberi banyak impak kepada semua pelajar yang terpilih untuk di bawa pulang bagi merealisasikan di sekolah pula. Slide1Slide55Slide126Slide194Slide222Slide229

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI 

Peperiksaan Percubaan PMR Bermula Hari Ini

Slide5SMIYT KTRG SBT ,  19 Ogos : Seramai 105 pelajar PMR telah menduduki Peperiksaan Percubaan PMR yang bermula hari ini.

Ianya akan berakhir pada hari ahad 25 Ogos 2013. Kelihatan beberapa orang guru sedang mengawasi peperiksaan tersebut. Semoga semua pelajar berkenaan akan memperolehi keputusan yang cemerlang.

Slide2Slide3Slide1

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untuk Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World

×

Piagam Pelanggan

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Kami warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dengan tekad dan iltizam berjanji akan berusaha sepenuh hati dan sehabis daya memberikan yang terbaik untuk:

01 — MEREALISASIKAN HASRAT BERSAMA

Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

02 — MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ BERKUALITI

Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu, bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.

03 — MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.

04 — MEMBUDAYAKAN BIAH SOLEHAH

Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

05 — MEMPERKASA PENGURUSAN PENDIDIKAN

Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.

06 — MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.

07 — MEMPERKUKUH UKHUWWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI

Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.

08 — PERKHIDMATAN CEKAP DAN MESRA

Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.