Category: Kurikulum

Pengarah Yayasan Terengganu Rasmi Majlis Anugerah kecemerlangan

Slide180SMIYT KTRG SBT , 4 Mei : Tuan Haji Azmi bin Razik , Pengarah Yayasan Terengganu hari ini telah sudi meluangkan masa untuk merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR , SPm & I’dadi 2013 yang diadakan di dewan Asyatibi sebentar tadi.

Beliau telah disambut oleh Tuan Haji Zulkifli , YDP MPIBG , Ustazah Mardziah binti Che Abdullah , Pengetua Sekolah, Encik Arifin,wakil PPD  serta Penolong Kanan dan ketua jabatan.

Dalam majlis tersebut, Syed Akram bin Habit Mustafa telah dinobatkan pelajar Terbaik 2013 manakala Mohd Fiqree Hameez dinobatkan Pelajar Mithali 2013.

Tahniah dan syabas untuk anak-anak Al Fateh.

Slide157Slide1Slide174Slide3Slide27Slide66Slide127Slide95Slide13

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Kunjungan Dari SMAP kajang , Selangor

Slide7SMIYT KTRG SBT , 24 April : Pada Ahad lepas pihak pengurusan sekolah telah menerima kunjungan dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang , Selangor dalam ;awatan bagi melihat proses pengajaran dan pembelajaran di sini.

Mereka disambut oleh Puan Pengetua dan semua pengurusan sekolah. Mereka kemudian telah di bawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar maklumat mengenai sekolah.

Slide14

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Kunjungan Dari SM Sains Sembrong , Kluang Johor

Slide5SMIYT KTRG SBT , 24 : Pihak sekolah telah menerima kunjungan daripada SM Sains Sembrong , Kluang Johor pada ahad yang lalu dalam lawatan bagi melihat sistem pembelajaran di sekolah ini.

Mereka telah dibawa melihat sendiri pelajar sekolah inimenghafaz al quran dan tasmi bersama guru di dewan dan juga di surau.

Slide6

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

11 Calon SPM 2013 Dapat Semua A

Slide43SMIYT KTRG SBT , 20 Mac : Berkat tunjuk ajar semua guru terutama guru yang mengajar tingkatan 5 membuahkan hasil apabila seramai 11orang calon SPM sekolah ini telah memperolehi semua A. Manakala 10 calon lagi mendapat 10A 1B.

Imtiaz Kuala Terengganu menduduki tempat ke 5 bagi Daerah Kuala Terengganu dan tempat ke 7 peringkat Negeri Terengganu. dengan memperolehi GPS 2.04 telah melonjak naik ke tempat ke 7 Negeri berbanding 2.24 pada tahun 2012. Suatu lonjakan yang amat membanggakan.

Dalam masa yang sama majlis graduasi telah diadakan dan semua sijil telah disampaikan oleh Tuan Haji  Razali bin Mahmud, Timbalan Pengarah Yayasan Terengganu.

Dalam majlis tersebut juga beberapa anugerah telah diumumkan . Anugerah tersebut adalah :

ANUGERAH KHAS ULUL ALBAB

1. Muhammad Fiqreen Hamez bin Mohd Rosli

2. Sharifah Nurul Husna binti Syed Ibrahim Halmi

 

ANUGERAH IBNU SINA ( AKADEMIK )

1. Syed Ahmad Akram bin Habit Mustafa

2. Sharifah Adlina binti Syed Alsyagof

 

ANUGERAH AL FARABI ( KOKURIKULUM )

1. Muhammad Haziq bin Sabri

2. Nurul Asyikin binti Roslam

 

ANUGERAH MUHAMMAD AL FATEH ( KEPIMPINAN )

1. Abdullah Nurul Sabri bin Sulong

2. Fatin Dayana binti Aminuddin

Berikut adalah pencapaian Cemerlang ( GPS ) mengikut turutan peringkat Negeri Terengganu.

1. SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu  GPS 1.12

2. SM sains Kuala Terengganu GPS 1.64

3. SBP Integrasi Batu Rakit, Kuala Terengganu GPS 1.87

4. SMA Atas Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu GPS 1.92

5. SM Imtiaz Besut GPS 2.02

6. SM Sains Dungun GPS 2.03

7. SM Imtiaz Kuala Terengganu GPS 2.04

8. SM Imtiaz Dungun GPS 2.16

9. SM Imtiaz Kuala Berang GPS 2.23

10. SMKA Sheikh Abdul Malek , Kuala Terengganu GPS 2.25

Tahniah dan Syabas!!!!

Slide37Slide4Slide10

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untuk Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World

×

Piagam Pelanggan

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Kami warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dengan tekad dan iltizam berjanji akan berusaha sepenuh hati dan sehabis daya memberikan yang terbaik untuk:

01 — MEREALISASIKAN HASRAT BERSAMA

Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

02 — MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ BERKUALITI

Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu, bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.

03 — MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.

04 — MEMBUDAYAKAN BIAH SOLEHAH

Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

05 — MEMPERKASA PENGURUSAN PENDIDIKAN

Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.

06 — MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.

07 — MEMPERKUKUH UKHUWWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI

Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.

08 — PERKHIDMATAN CEKAP DAN MESRA

Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.