Kuala Nerus, 20–22 Nov 2025: Bengkel Apple Tech Leader Sekolah-Sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Payang Scout Hotel, Kampung Telaga Batin, Kuala Nerus, Terengganu.
Seramai 80 orang pelajar Tingkatan 1 & 2 dari seluruh Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu telah dilantik sebagai Apple Tech Leader Imtiaz turut serta pada kali ini yang merupakan program berpusat seliaan Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu dengan kerjasama Guru-Guru Penyelaras Apple Education Imtiaz bersama Fasilitator Apple Professional Learning Specialists.
Tujuan utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan kemahiran digital murid melalui penggunaan peranti dan aplikasi Apple, memupuk kreativiti serta kemahiran menyelesaikan masalah, membentuk murid sebagai pemimpin teknologi (tech leader), mengintegrasikan teknologi Apple dalam PdPc, dan mempersiapkan mereka menghadapi keperluan dunia masa depan berasaskan STEM dan literasi digital.
Tahniah & Syabas untuk anak-anak soleh solehah pintar SM Imtiaz YT Kuala Terengganu diatas kejayaan Pingat Gangsa bagi Anugerah “The Best Content Award”.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.
Seramai 20 orang pelajar SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah dipilih oleh Sic+ PPDKT, En Fauzi pada 19-20 Okt 2025 yang lalu untuk dibimbing dalam program kerjasama Matematik Tambahan antara pelajar sekolah ini dan SMK Tengku Bariah.
Hasil daripada bimbingan tersebut, guru muda yang telah dilatih pula berkongsi ilmu kepada rakan pelajar yang lain dari sekolah-sekolah sekitar daerah Kuala Terengganu yang lain pada 7 Nov 2025 bertempat di Dewan As-Syatibi SM Imtiaz YT Kuala Terengganu. Usaha ini dilaksanakan dengan hasrat untuk meningkatkan peratus bilangan A matapelajaran Matematik Tambahan bagi sekolah-sekolah daerah Kuala Terengganu.
Antara objektif program ini diadakan adalah:
Meningkatkan kemahiran dan keyakinan calon calon SPM 2025 dalam matapelajaran Matematik Tambahan.
Meningkatkan peratus bilangan A matapelajaran Matematik Tambahan bagi calon SPM 2025 SM Imtiaz YT Kuala Terengganu khususnya dan juga daerah Kuala Terengganu amnya.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.