Category: Kokurikulum

Alif Fahmi Diberi Penghargaan

KUALA TERENGGANU ,  8 Apr : Baru-baru ini, SM Imtiaz Kuala Terengganu telah menghantar satu pasukan nasyid serta tilawah  ke Festival Nasyid dan Tilawah sekolah Kluster Kecemerlangan peringkat kebangsaan yang telah berlangsung di SM Seri Jengka, Pahang.

Dalam keputusan yang diumumkan, pasukan Nasyid menduduki tempat ke 4, tilawah lelaki tempat ke 2 dan tilawah perempuan tempat ke 3.

Manakala Solo terbaik nasyid sekolah Kluster peringkat kebangsaan bagi tahun 2012 telah dimenangi oleh Mohd Alif Fahmi bin Sabri pelajar tingkatan 2. Beliau telah menunjukkan kehebatan dengan memalu conga serta mengalunkan nyayian nasyid sehinggakan para juri tidak teragak-agak untuk menganugerahkan solo terbaik kepada beliau.

Hadiah telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Faidahnam binti Busu.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terlibat.

 

Lafaz Ikrar Dari Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya

KUALA TERENGGANU , 8 Apr : Pengawas Pusat Sumber Sekolah ( PPSS ) dan Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) telah melafazkan ikrar petang tadi di hadapan Semua Penolong Kanan serta guru yang berlangsung di dewan Asyatibi.

Mereka telah melafazkan janji taat setia serta akan menjalankan tugas dengan penuh tabah bagi menaikkan nama sekolah di peringkat dalaman mahupun luaran.

gambar lafaz ikrar

Program Senamrobik Anjuran Persatuan Puteri Islam ( PPIM )

KUALA TERENGGANU , 27 Mac : Program ini merupakan program mingguan PPIM di bawah unit badan beruniform sekolah yang telah di adakan petang tadi.

Persatuan ini mementingkan gaya hidup yang sihat. Ianya bukan hanya dilakukan kepada perempuan sahaja tetapi secara amnya dilaksanakan juga kepada pelajar lelaki.

Bagi Pelajar perempuan ianya di adakan di dewan Asyatibi yang diketuai oleh Cik Rafiah dan pelajar lelaki di adakan di dataran imtiaz yang dikendalikan oleh koordinator Encik Wan Saidi bin Wan Muhamad.

Syabas diucapkan kepada persatuan PPIM Imtiaz Kuala Terengganu kerana telah menganjurkan program ini.

Aksi senamrobik

Imtiaz Kuala Terengganu Dinobatkan Johan Keseluruhan MASMAT ZON D

KUALA TERENGGANU, 24 Mac : Tahniah dan syabas SM Imtiaz K.Trg kerana telah ditabalkan sebagai Johan Keseluruhan Temasya sukan MASMAT Zon D yang telah diumumkan sebentar tadi.

Semua hadiah dan cenderahati telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Razali bin Mahmud, Penolong Pengarah Yayasan Terengganu Bahagian Pendidikan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Azlan yang mewakili Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Semua Pengetua SM Imtiaz Yayasan Terengganu Besut, Dungun, Kemaman dan Kuala Berang.

Berikut adalah keputusan perlawanan dan tulisan yang berhuruf gelap layak ke MASMAT akhir yang akan di adakan di UiTM Dungun pada 12 hingga 14 April 2012 nanti.

 

KATEGORI LELAKI

Bola Tampar

Imtiaz Kuala Berang

Imtiaz Dungun

 

Sepak Takraw Rendah

Imtiaz Besut

Imtiaz Dungun

 

Sepak Takraw Atas

Imtiaz Dungun

Imtiaz Kuala Berang

 

Badminton Men. Ren.

Imtiaz Besut

Imtiaz Kuala Terengganu

 

Badminton Men. Atas

Imtiaz Kuala Terengganu

Imtiaz Dungun

 

Pingpong Men. Rendah

Imtiaz Kuala Terengganu

Imtiaz Kuala Berang

 

Pingpong Men. Atas

Imtiaz Kuala Terengganu

Imtiaz Dungun

 

Bola Sepak Men. Rendah

Imtiaz Kuala Terengganu

Imtiaz Kemaman

 

Bola Sepak Men. Atas

Imtiaz Dungun

Imtiaz Kuala Terengganu

 

KATEGORI PEREMPUAN

 

Bola Tampar

Imtiaz Kuala Berang

Imtiaz Kuala Terengganu

 

Bola Jaring Men. Rendah

Imtiaz Kuala Terengganu

Imtiaz Kuala Berang

 

Bola Jaring Men. Atas

Imtiaz Kuala Terengganu

Imtiaz Kuala Berang

 

Badminton Men. Rendah

Imtiaz Besut

Imtiaz Kuala Terengganu

 

Badminton Men. Atas

Imtiaz Kuala Terengganu

Imtiaz Besut

 

Pingpong Men. Rendah

Imtiaz Kuala Terengganu

Imtiaz Kuala Berang

 

Pingpong Men. Atas

Imtiaz Kuala Terengganu

Imtiaz Kuala Berang

 

Gambar menarik