Category: Kokurikulum

Aktiviti Perkhemahan Hari Ke 2 Cukup Meriah

Slide57SEBERANG TAKIR, 14 Jun : Masuk hari ke 2 perkhemahan, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan pada sebelah pagi dan petang.

Pada sebelah pagi, pemeriksaan khemah telah dijalankan dan permainan paintball. Manakala sebelah petang pula telah diadakan aktiviti merentas halangan. Pelbagai gelagat lucu dan menarik kelihatan pada hari ini.

Terdahulu dari itu pada sebelah malam, aktiviti persembahan kebudayaan diadakan.

Slide13Slide72Slide109

Lihat aksi menarik peserta perkhemahan DI SINI 

Perkhemahan Badan Beruniform Dan Kawad Kaki 2013 Bermula

Slide25Seberang Takir , 13 Jun : Perkhemahan Tahunan Badan Beruniform dan Kawad Kaki telah bermula petang ini.

Ianya diadakan di Kem Pengakap, Kem Tengku Muhammad Ismail Telaga Batin.Sebentar tadi telah diadakan aktiviti memasang khemah serta taklimat yang telah disampaikan oleh Penolong Kanan KOKU, Ustaz Md Nor bin Yahya.

Pada sebelah malam nanti akan diadakan Aktiviti Malam Kebudayaan.

Slide4Slide16Slide30

Gambar aktiviti petang ini sila klik DI SINI

Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2013

Slide4SMIYT KTRG SBT, 4 Mei : Aktiviti Kokurikulum ialah sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap pelajar harus melibatkan diri.

Sehubungan dengan satu kursus mengenainya telah diadakan pagi tadi yang bermula jam 10.00 pagi. Ianya dimulakan dengan ceramah oleh Encik Razali bin Yahya dari JPNT bahagian Kokurikulum.

Rasional bagi kursus ini ialah para pemimpin Kelab dan Persatuan, Badan Beruniform, Sukan dan Permainan Sekolah perlu didedahkan dengan ilmu kepimpinan dan pengurusan supaya para pelajar ini dapat memacu pasukan mereka ke arah organisasi yang lebih berkesan.

Kursus ini diharapkan akan dapat memberikan input dan gambaran yang jelas tentang pengurusan organisasi dan seterusnya dapat membantu merancang dan meningkatkan aktiviti yang dapat menarik minat ahli-ahlinya.

Pada jam 11.30 pagi ini akan diadakan perbincangan mengenai pengurusan Mesyuarat & Minit Mesyuarat serta Pengurusan Fail, Surat Menyurat dan Penyediaan Laporan. Manakala jam 12.30 tengahari akan diadakan perbincangan kumpulan dan persembahan dan diakhiri dengan rumusan serta penyampaian sijil pada jam 2.30 petang.

Slide2Slide3Slide5

Perbincangan mengenai pengurusan Mesyuarat & Minit Mesyuarat serta Pengurusan Fail, Surat Menyurat dan Penyediaan Laporan yang diselia oleh guru.

Slide1Slide2Slide3

Pembentangan Aktiviti

Slide1 Slide2 Slide3

Majlis penutup dirasmikan oleh Puan Pengetua Ustazah Mardziah binti Che Abdullah

Slide1 Slide2 Slide3

Penyampaian hadiah & sijil

Slide4 Slide5 Slide6

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Sukan MASMAT Akhir 2013 : SM Imtiaz K.Trg Johan Keseluruhan

20130427_132536_resizedSMIYT KTRG SBT , 30 April : Kejohanan sukan MASMAT akhir yang berlangusng di SMA Setiu pada 25 – 27 April baru-baru ini menyaksikan SM Imtiaz K.Trg meraihkan Johan Keseluruhan apabila memenangi 4 Johan dan 1 Naib Johan dalam peseta tersebut.

Lebih manis lagi bagi kategori perempuan, SM Imtiaz K.Trg juga menggondol Johan keseluruhan perempuan pada temasya tersebut.

Berikut adalah laporan penuh keputusan tersebut.

Bola Jaring Men. Atas

Separuh Akhir : Imtiaz K.Trg X SMA Marang

Akhir : Imtiaz K.Trg X SMA Khairiah

KEPUTUSAN : Imtiaz K.Trg – Naib Johan

 

Bola Jaring Men. Ren

Separuh akhir : Imtiaz K.Trg X SMA Mahmudiah

Akhir : Imtiaz K.Trg X SMA Marang

KEPUTUSAN : Imtiaz K.Trg – Johan

 

Pingpong Perempuan Men. Atas

Separuh Akhir : Imtiaz K.Trg X SMAASZA

Akhir : Imtiaz K.Trg X SMA Al Falah

KEPUTUSAN : Imtiaz K.Trg – Johan

 

Pingpong Perempuan Men. Ren

Separuh Akhir : Imtiaz K.Trg X SMA Khairiah

Akhir : Imtiaz K.Trg X SMA Setiu

KEPUTUSAN : Imtiaz K.Trg – Johan

 

Bola Tampar lelaki

Separuh akhir : Imtiaz K.Trg X SMA Sultan Ismail Dungun

Akhir : Imtiaz K.Trg X SMA Ittifakiah

KEPUTUSAN  : Imtiaz K.Trg – Johan

 

 

Sekalung tahniah dan syabas