Category: Kokurikulum

Dikir Arab

Slide3SMIYT KTRG SBT : Dengarkan persembahan dikir Arab yang dibawa khas oleh pelajar-pelajar sekolah sempena pertandingan dikir Arab yang diadakan baru-baru ini di SM Imtiaz Besut, Terengganu.

Slide5Slide1Slide4

Persembahan Dikir Arab – VIDEO

KRS & Kadet Polis Johan Kawad Kaki

Slide43SMIYT KTRG SBT ,24 April : Kadet Remaja Sekolah ( kategori perempuan ) dan Kadet Polis ( kategori lelaki ) masing-masing dinobatkan johan dalam pertandingan Kawad Kaki peringkat sekolah yang telah diadakan pada sabtu baru-baru ini.

Manakala Ketua platun terbaik lelaki dimenangi oleh Che Mohd Afif Aiman bin Che Azih dari Kadet Bomba manakala Siti Maisraha binti Azmi dari Kadet Remaja Sekolah menerima anugerah ketua platun perempuan.

Semua hadiah disampaikan oleh wakil dari Yayasan Terengganu

Berikut adalah keputusan penuh pertandingan Kawad Kaki 2014

Kategori perempuan

Johan : Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) – 1234 markah

Naib Johan : Pengakap – 1222 marakah

Ketiga : Puteri Islam – 1210 markah

 

Kategori Lelaki

Johan : Kadet Polis – 1200 markah

Naib Johan : Pengakap – 1186 marakah

Ketiga : Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) – 1123 markah

Slide96Slide73Slide100

Tahniah dan syabas

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Nasyid , Kompang Johan Peringkat Belia Daerah Kuala Terengganu

Slide6KUALA TERENGGANU , 12 April : SM Imtiaz Kuala Terenggganu melakar sejarah apabila buat julung kalinya menyertai program peringkat belia yang diadakan di Komplek Belia Daerah Kuala Terengganu telah menghadiahkan senyuman untuk sekolah apabila dinobatkan johan bagi kategori masing-masing . Sekaligus mewakili Daerah Kuala Terengganu ke pringkat Negeri yang akan diadakan pada awal mei nanti.

SM Imtiaz Kuala Terengganu telah menghantar 3 wakil bagi menyertai Program ini iaitu Nasyid, Tilawah dan Kompang Formasi. Bagi Tilawah , Hasif bin Kamal mendapat tempat ke 4.

Semua hadiah disampaikan oleh Y.B Tuan Haji Zuber bin Embong , Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri.

Pasukan nasyid sekolah di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Fathi bin Mokhtar dan Ustazah Rosni binti Jaafar telah berjaya menewaskan 5 pasukan lain yang mempamerkan kehebatan ketika membuat persembahan.Dengan membawa lagu Al-Quran Penjana Transformasi Ummah bagi lagu pertama dan Iman Penuju Kejayaan sebagai lagu kedua telah menarik perhatian para juri dan hakim dengan memberikan markah tertinggi daripada pasukan lain.

Shabaabul Fateh( SM Imtiaz Kuala Terengganu ) – JOHAN

Shoutul Shams( SMKA Sheikh Abdul Malek) – NAIB JOHAN

Asyakirin(SMK Padang Midin) – TEMPAT KETIGA

Begitu juga dengan Kompang formasi di bawah pimpinan Ustaz Wan Ahmad Kalmani bin Wan Mohd , dengan gaya yang tersendiri telah memukau para penonton dan hakim telah memberikan markah yang tinggi untuk dinobatkan Johan bagi kategori tersebut.

Al Fateh ( SM Imtiaz Kuala Terengganu – JOHAN

Al Khairiah ( SMA Khairiah ) – NAIB JOHAN

SMK Belara – TEMPAT KETIGA

Semangat juang anak-anak Al Fateh ini memberikan keyakinan bahawa selain daripada bidang kokurikulum, mereka juga mampu melakar kejayaan berganda dibidang akademik dan juga hafazan.

 

TAHNIAH UNTUK ANAKANAK AL FATEH

MASMAT Akhir – SM Imtiaz K.Trg Johan Keseluruhan Perempuan

Slide3KUALA TERENGGANU , 12 April : Tahniah kepada pasukan sukan MASMAT perempuan sekolah ini yang telah dinobatkan johan keseluruhan bagi pertandingan Majlis Sukan Sekolah Agama Terengganu yang telah diumumkan semalam di Gong Badak Kuala Terengganu.

Dengan membawa gelaran 3 johan dan 1 naib johan telah mengalahkan pasukan dari sekolah lain. Manakala peserta lelaki hanya mendapat naib johan sahaja.

Keputusan rasmi yang melibatkan sekolah ini sahaja.

Pingpong perempuan menengah atas – JOHAN

Pingpong perempuan menengah bawah – JOHAN

Bola Jaring menengah rendah – JOHAN

Bola Jaring menengah atas – NAIB JOHAN

Sepaktakraw menengah atas – NAIB JOHAN

Pingpong lelaki menengah atas – NAIB JOHAN

Slide1Slide2Slide7

TAHNIAH UNTUK ANAKANAK AL FATEH