
Perkhemahan badań-badan beruniform bagi sekolah-sekolah menengah Imtiaz Yayasan Terengganu telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Kem Sri Keluang, Besut yang melibatkan lebih kurang 320 orang pelajar dari seluruh Sekolah Menengah Imtiaz.

Mukhayam Ulul Albab dianjurkan bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan ilmu sebagai ahli unit beruniform, seterusnya membentuk disiplin, semangat kerjasama, dan kepimpinan.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuk :-
- Istiadat Pagi
- Mendirikan khemah
- Rentas halangan
- Night walk
- Compass marching & Gajet
- Ikatan & Pertolongan cemas
- Malam simfoni alam
- Pertandingan kawad kaki
Melalui aktiviti ini, pelajar dapat menimba ilmu perkhemahan sambil memupuk nilai murni dan menghargai alam sekitar. Berikut adalah objektif bagi program ini:
- Memperkukuh jati diri Muslim melalui penghayatan nilai Islam dalam kehidupan harian.
- Melahirkan insan Ulul Albab yang seimbang dari segi akal, rohani, fizikal dan emosi.
- Memupuk kepimpinan dan tanggungjawab dalam suasana berkumpulan.
- Meningkatkan disiplin dan ketahanan dirii dalam menghadapi cabaran.
- Memperkukuh jati diri Muslim melalui penghayatan nilai Islam dalam kehidupan harian.
- Mengukuhkan ukhuwah Islamiah melalui aktiviti berkumpulan dan ibadat.
- Memantapkan kemahiran hidup dan asas dakwah, termasuk komunikasi dan pengurusan diri.
- Menyemai kecintaan terhadap Al-Quran dan minat kepada ilmu.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.