Category: Kokurikulum

Mukhayyam Ulul Albab Sekolah-sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Tahun 2025

Perkhemahan badań-badan beruniform bagi sekolah-sekolah menengah Imtiaz Yayasan Terengganu telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Kem Sri Keluang, Besut yang melibatkan lebih kurang 320 orang pelajar dari seluruh Sekolah Menengah Imtiaz.

SM Imtiaz YT Kuala Terengganu tidak ketinggalan menghantar 20 orang banat dan 20 orang banin sebagai peseta perkhemahan tersebut. Tahniah kepada peserta kerana telah dinobatkan Johan bagi pertandingan ‘Best Gadget & Tent’ manakala Naib Johan bagi pertandingan ‘First Aid’ dan ‘Ioi Volunteering’.

Mukhayam Ulul Albab dianjurkan bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan ilmu sebagai ahli unit beruniform, seterusnya membentuk disiplin, semangat kerjasama, dan kepimpinan. 

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuk :- 

  • Istiadat Pagi
  • Mendirikan khemah
  • Rentas halangan
  • Night walk
  • Compass marching & Gajet
  • Ikatan & Pertolongan cemas
  • Malam simfoni alam
  • Pertandingan kawad kaki

Melalui aktiviti ini, pelajar dapat menimba ilmu perkhemahan sambil memupuk nilai murni dan menghargai alam sekitar. Berikut adalah objektif bagi program ini:

  • Memperkukuh jati diri Muslim melalui penghayatan nilai Islam dalam kehidupan harian.
  • Melahirkan insan Ulul Albab yang seimbang dari segi akal, rohani, fizikal dan emosi.
  • Memupuk kepimpinan dan tanggungjawab dalam suasana berkumpulan.
  • Meningkatkan disiplin dan ketahanan dirii dalam menghadapi cabaran.
  • Memperkukuh jati diri Muslim melalui penghayatan nilai Islam dalam kehidupan harian.
  • Mengukuhkan ukhuwah Islamiah melalui aktiviti berkumpulan dan ibadat.
  • Memantapkan kemahiran hidup dan asas dakwah, termasuk komunikasi dan pengurusan diri.
  • Menyemai kecintaan terhadap Al-Quran dan minat kepada ilmu.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Pertandingan Malaysia Techlympic – Zon Timur (Terengganu, Kelantan & Pahang)

Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, 12 Ogos 2025 : SYABAS & TAHNIAH! kepada anak-anak soleh pintar SM Imtiaz YT Kuala Terengganu yang telah dinobatkan sebagai JOHAN bagi “Cabaran Cetakan 3D” dalam pertandingan Malaysia Techlympic Zon Timur. Seramai 22 orang pelajar daripada Imtiaz Kuala Terengganu yang menyertai pertandingan ini dalam pelbagai jenis perlawanan iaitu Cabaran Kejuruteraan Dunia (WEC), Cabaran Drone, Cabaran Cetakan 3D, Cabaran Kereta Roket dan Cabaran Ezy Rover/ Roket Tempur. Mereka diiringi oleh 5 orang guru pembimbing yang mewakili setiap perlawanan tersebut.

Pelajar yang mendapat Johan akan bertanding ke peringkat seterusnya bagi mewakili Negeri Terengganu yang akan berlangsung di Negeri Melaka. Kumpulan yang mendapat Johan ini terdiri daripada pelajar TIngkatan 2 iaitu Muhammad Umar b. Has, Muhammad Aufa Iman b. Zaiman Haifizie, Fawwaz Afham b. Farih dan Umar Najmi b. Rusli. 

Sebagai makluman program pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) perdana MOSTI ini adalah anjuran daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Malaysia Bioeconomy Development Corporation Sdn. Bhd. agensi di bawah MOSTI. Inisiatif ini merupakan usage kerajaan melalui MOSTI untuk memperkasakan bidang STI serta menggalakkan lebih ramai penglibatan pelajar dan belia dalam bidang STI dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatan berbentuk pertandingan.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Perkhemahan Unit Beruniform 2025

Perkhemahan badan beruniform di SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah diadakan pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2025 yang melibatkan 171 orang pelajar Tingkatan 2-4 dengan pelbagai aktiviti. Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang diadakan bagi mencungkil bakat dan potensi pelajar dalam menambah bakat kepimpinan serta semangat bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti secara berkumpulan. Program ini juga memberi pengalaman baru kepada pelajar untuk memasang khemah dan membina gajet dengan ikatan – ikatan yg telah dipelajari sebelum ini.

Objektif bagi program ini adalah:

1️⃣ Memperkembangkan potensi, bakat dan kebolehan pelajar dalam aktiviti perkhemahan.
2️⃣ Menghasilkan kerjasama berkumpulan dalam kalangan pelajar.
3️⃣ Melahirkan pelajar yang bersifat kepimpinan dalam menguruskan pasukan masing-masing.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Nurfaez Azwany Ke Sukan SUKMA

Nurfaez Azwany binti Norfadzlly mengharumkan nama sekolah apabila beliau telah mewakili Negeri Terengganu dalam acara catur ke Sukan Malayisa (SUKMA) XXI yang bemula 17 – 26 Ogos 2024 di Kuching , Sarawak.

Semoga anak solehah pintar ini akan membawa kejayaan yang cemerlang.

𝘛𝘪𝘵𝘪𝘱𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘰𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘈𝘯𝘢𝘬 𝘚𝘰𝘭𝘦𝘩𝘢𝘩 𝘗𝘪𝘯𝘵𝘢𝘳 #𝘪𝘒𝘛 𝘢𝘨𝘢𝘳 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘮𝘦𝘯𝘤𝘪𝘱𝘵𝘢 𝘬𝘦𝘫𝘢𝘺𝘢𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘛𝘦𝘮𝘢𝘴𝘺𝘢 𝘚𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 (𝘚𝘜𝘒𝘔𝘈) 𝘟𝘟𝘐 𝘚𝘈𝘙𝘈𝘞𝘈𝘒 2024.