Category: Am

Kolaborasi SMA Khairiah Bersama SM Imtiaz Kuala Terengganu

Slide1SMIYT KTRG SBT , 17 Ogos : Seramai 7 orang pelajar tingkatan 5 dari SMA Khairiah telah menyertai Program Kolaborasi Jaringan Akademik yang bermula hari ini dan akan berakhir pada 20 Ogos 2014.

Semoga program ini dapat memberi suntikan baru dalam menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan diadakan tidak lama lagi.

 

Anugerah Khas Sekolah SEM Terbaik Peringkat Negeri Milik Imtiaz Kuala Terengganu

Slide8TERENGGANU TRADE CENTER , 17 Ogos :  Pameran Schoolwide Enrichmnent Model ( SEM ) Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan baru-baru ini menarik perhatian juri pertandingan apabila sekolah ini dinobatkan dan diistiharkan Sekolah SEM Terbaik Peringkat Negeri Terengganu bertempat Terengganu Trade Center ( TTC ).

Majlis penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri , YB Tuan Haji Zuber bin Embong.

Tahniah dan syabas.

Slide6Slide12Slide11

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Kem Trainer Trainee Peringkat Imtiaz Yayasan Terengganu

Slide17SMIYT KTRG SBT , 17 Ogos : Bagi menghadapi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malsysia 2014 , satu kem pemantapan subjek telah diadakan pada khamis yang lalu dan berakhir semalam.

Serama 350 pelajar tingkatan 5 seluruh SM Imtiaz Yayasan Terengganu yang terdiri daripada SM Imtiaz Besut, SM Imtiaz Dungun , SM Imtiaz Kuala Berang dan SM Imtiaz Kuala Terengganu telah menghadiri kem tersebut yang diadakan di Dewan Asyatibi.

Semoga program seumpama ini akan memberi semangat baru serta mengukuhkan lagi subjek menghadapi peperiksaan tersebut.

Slide21 Slide23

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Verifikasi Khas Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan

Slide11SMIYT KTRG SBT , 12 Ogos : Imtiaz Kuala Terengganu telah terpilih untuk verifikasi Khas Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan. Seramai 6 jemaah Nazir telah mengunjungi sekolah ini bagi menilai dan menentukan samada layak atau tidak untuk mendapatkan anugerah tersebut.

Seluruh warga SM Imtiaz Kuala Terengganu mendoakan agar sekolah ini terpilih bagi mendapatkan anugerah tersebut diperingkat Kebangsaan.

Slide1Slide2Slide4Slide5Slide6Slide7Slide3