Category: Am

Larian Firqah 2015

Slide3SMIYT KTRG SBT , 29 Januari : Larian firqah peringkat sekolah yang diadakan hari ini penuh dengan warna warni. Setiap pelajar memakai pakaian firqah masing-masing.

Peserta lelaki dikehendaki menghabiskan larian sepanjang 8 kilometer manakala perempuan 5 kilometer. Tahniah kepada Ustaza Md Nor serta Ustaz Zakaria selaku SU Sukan kerana berjaya mengadakan program ini. Tidak lupa juga kepada semua guru yang terlibat , sekalung tahniah dan syabas di atas kerjasama yang diberikan.

Berikut adalah keputusan rasmi pemenang larian firqah 2015.

Slide1

Slide2

Slide3

Slide4

Slide6Slide22Slide40Slide29Slide8Slide63Slide53

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

 

Latihan Larian Firqah

Slide11SMIYT KTRG SBT , 27 Januari : Hari ini telah diadakan larian larian Firqah yang bermula jam 3.40 petang tadi.

Semua pelajar terlibat dalam larihan ini kecuali bagi mereka yang sakit sahaja. Latihan Larian ini telah dilepaskan oleh Tuan Haji Ahmad Ridhuan b Abd Ghani, Penolong Kanan HEM dan disaksikan oleh Ustaz Md Nor b Yahay, Penolong Kanan Kokurikulum.

Larian sebenar akan bermula pada hari khamis ini jam 3.30 petang.

Slide6Slide2Slide14

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Bagi Tahun 2015

Slide22SMIYT KTRG SBT : Pelajar baru tingkatan 1 bagi tahun 2015 telah mendaftar pada 15 Januari yang lalu,. Ibubapa yang ditemui rata-rata bersyukur kerana anak mereka terpilih mengikuti sesi pengajian di sekolah ini.

Begitu juga dengan pelajar baru yang kelihatan begitu tenang dan ada juga terlalu gembira di atas pemilihan mereka ke sekolah Berprestasi Tinggi ini. Mereka telah disambut mesra oleh semua guru dan kakitangan serta mengucapkan salam kepada mereka dan tahniah di atas pendaftaran pelajar baru pada tahun ini.

Pada tahun ini pengambilan pelajar tingkatan 1 adalah seramai 120 orang.

Slide10Slide27Slide47

Suasana hari pendaftaran..klik DI SINI

Minggu Suaikenal..klik DI SINI

Misi Bantuan Kemanusiaan

Slide9KELANTAN , 8 Januari : Admin bersama guru dan kakitangan serta beberapa orang pelajar telah bergerak dari Dataran Imtiaz K.Trg menuju ke Negeri Kelantan dalam Misi Bantuan Kemanusiaan pagi semalam.

Kami ingin melihat sendiri keadaan di sana yang dikatakan  sangat menyedihkan itu. Diketuai oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah , Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani selaku ketua rombongan bersama bekalan yang disumbangkan oleh pihak guru dan kakitangan sekolah untuk diberikan kepada mangsa banjir.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul , setibanya kami di sana iaitu di Dearah Kuala Krai, kelihatan kesan-kesan banjir telah menyelubungi hati kami betapa tingginya air naik pada waktu itu yang tidak dapat dijangka oleh kami semua.

Setibanya kami di Kampung Lakloh , hati kami berdetik lagi apabila melihat kemusnahan rumah dan harta benda lain seolah berlakunya thunami kecil. banyak rumah yang roboh. Kami terkedu seketika , Allah maha berkuasa segalanya.Slide26

Setibanya kenderaan kami tiba di situ , terlihat beberapa kanak-kanak yang meluru kepada kami seolah-olah mengintai rezeki apa yang akan mereka dapat nanti. Ada beberapa orang daripada kami yang menitiskan air mata apabila kanak-kanak itu terus meluru kepada kami untuk mendapatkan air minuman. Ada juga ibu-ibu yang meminta kain , bantal dan selimut serta makanan.

Setelah selesai berada di sana , konvoi kami bergerak pula ke Manek Urai. Sepanjang perjalanan menuju ke sana , kami melihat kesan air dengan arus yang kuat sehingga menumbangkan pokok-pokok yang ada di laluannya.Sebelum tiba di Manek Urai Lama , apa yang bermain difikiran kami ialah ianya mungkin lebih baik daripada Kampung Lakloh tetapi rupanya lebih menyayat hati kami lagi setelah melihat banyak kemusnahan akibat bencana yang tidak diduga ini.

Slide50Yang paling menyedikan ialah kami melihat ada wanita yang makan di atas jambatan kerana mungkin rumah mereka di bawa air dan tiada tempat untuk berteduh. Rombongan kami meninjau kawasan tersebut dan boleh dikatakan keseluruhan kawasan itu musnah. Ada yang rumah mereka hanya tinggal tangga batu sahaja dan rumah hilang entah kemana. Ada yang menguis dicelah timbunan kayu mencari apa-apa yang boleh digunakan lagi. Ada yang duduk sambil termenung tentang nasib mereka yang akan datang.

Kami juga sempat melawat rumah pelajar kami yang dilanda banjir itu.

Namun begitu kita mesti ingat bahawa kejadian ini ada hikmahnya Allah ingin sampaikan , cuma kita harus berfikir tentang kekuasaanNya kerana Allah sahaja yang mengetahui segala di atas kejadian itu.

 

 

Slide7Slide1Slide2

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI