Category: Am

Lawatan Penanda Aras Brawijaya Smart School Kota Malang , Jawa Timur Indonesia

Slide10SMIYT KTRG SBT , 22 Mei : Seramai 3 orang pegawai dari Brawijaya Smart School Kota Malang , Jawa Timur Indonesia telah mengunjungi sekolah ini pagi tadi.

Mereka telah disambut oleh Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada Tuan Pengetua , Encik Mohd Yusoff bin Othman , Penolong Kanan Pentadbiran , Encik Ruslan bin Ibrahim , Penolong Kanan Kokurikulum , Encik Md Nor bin Yahya serta Semua Ketua Jabatan.

Rombongan mereka diketuai oleh Sugeng Riyanto , Kepala Unit Pelaksana Teknis BSS UPT.

Slide3Slide16Slide19Slide1Slide10Slide12

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Encik Mohamad bin Kassim Rasmi Anugerah Kecemerlangan SPM , PT3 dan I’dadi

Slide57SMIYT KTRG SBT , 28 April : Timbalan Pengarah ( Operasi ) Yayasan Terengganu , Encik Mohamad bin Kassim hari ini telah merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM , PT3 dan I’dadi 2015 di Dewan Asyatibi.

Turut hadir ialah Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Encik Luthman bin Awang , Yang Dipertua MPIBG, Tuan Haji Mohd Zyulkifli bin Abu Bakar , Encik Khairi , Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah , serta Polis Perhubungan Sekolah.

Menyambut ketibaan mereka ialah diketuai oleh Tuan Pengetua, Encik Mohd Yusoff bin Othman serta semua Penolong Kanan, Ketua-ketua Jabatan serta guru.

Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada guru dan juga pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Awam bagi tahun 2015.

Dalam majlis tersebut juga , penghargaan khas telah diberikan kepada Team Inovasi yang diketuai oleh Cikgu saripah binti Embong yang telah mengharumkan nama sekolah di peringkat Antarabangsa sehingga memperolehi Gold Prize dan Special Award.

 

Slide15Slide26Slide28Slide34Slide46Slide56Slide70

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

KUIK Anjur Hari Keluarga

Slide18LAGUN KUALA IBAI , 16 April : Hari ini Kelab Ukhuwwah Imtiaz Kuala Terengganu ( KUIK )  telah berjaya mengadakan Program Hari Keluarga untuk guru dan kakitangan yang bermula seawal jam 8.00 pagi.

Turut memeriahkan lagi aktiviti ini ialah kehadiran tetamu kehormat iaitu Tuan Pengetua , Encik Mohd Yusoff bin Othman serta semua Penolong Kanan.

Pelbagai acara yang begitu menyeronokkan telah diadakan iaitu untuk kategori suami atau isteri pegawai disusuli dengan acara bagi kategori kanak-kanak.

Semua hadiah telah diampaikan oleh Tuan Pengetua dan juga Ustaz Ruslan bin Ibrahim selaku Penolong Kanan Pentedbiran.

Tahniah dan syabas kepada Pengerusi KUIK , Puan Ramlah bin Abdul Rahman serta semua AJK yang telah berjaya melaksanakan tugasan dengan penuh kesempurnaan. Dan juga kepada semua suami dan isteri pegawai yang hadir bagi menambahkan keceriaan dan suasana Hari Keluarga ini.

Slide13Slide37Slide43Slide50Slide81Slide94

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Pengetua Sekolah Malaysia Lawat Imtiaz YT Kuala Terengganu

Slide17SMIYT KTRG SBT , 13 April : Seramai 28 orang Pengetua telah mengunjungi sekolah ini dalam rangka lawatan rasmi Penanda Aras.

Kehadiran rombongan tetamu kehormat ini telah menerima layanan mesra daripada pengurusan Sekolah yang terdiri daripada Tuan Pengetua , Encik Mohd Yusoff bin Othman bersama dengan semua Penolong Kanan , Ketua Jabatan serta guru.

Kehadiran tetamu kehormat ini adalah satu satu daripada aktiviti sempena Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia kali ke 55 yang telah diadakan di Kuala Terengganu.

Slide1Slide16Slide18

Gambar selanjunya sila klik DI SINI