Category: Am

Majlis Pelancaran Projek Tingkatan 1 – 4 & Guru Muda Tingkatan 2 – 4 Tahun 2025

Ustaz Md Imran bin Md Nor , Pengetua sekolah ini telah merasmikan majlis Pelancaran Projek Tingkatan 1 – 4 & Guru Muda Tingkatan 2 – 4 di Dewan As-Syatibi pagi ini. Turut hadir ialah semua Guru Penolong Kanan , guru-guru serta pelajar yang terlibat.

Objektif bagi Projek Tingkatan 1 adalah:

1️⃣ Untuk memperkasakan iklim penyungguh akademik.
2️⃣ Memotivasikan pelajar agar terus bersemangat untuk skor dalam semda mata pelajaran bagi PAT dan UASA.

Objektif bagi pelantikan “Guru Muda” adalah:

1️⃣ Memberi motivasi kepada pelajar untuk cemerlang dan mahir dalam subjek yang diminati.
2️⃣ Dapat membantu kawan-kawan yang lemah dalam subjek tertentu.
3️⃣ Dapat membantu guru semasa PdPC atau ketika ketiadaan guru dalam kelas.

Galeri gambar boleh layari DI SINI.

Majlis Watikah Pelantikan Badan Pengawas Asrama

Ahad, 13 Julai 2025 : Watikah perlantikan Badan Pengawas Asrama telah dirasmikan oleh Pengetua sekolah, Ustaz Md. Imran bin Md Nor di Dewan Asyatibi.
Beliau telah diiringi oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan HEM seta guru-guru warden asrama.

Tujuan pelantikan badan pengawas asrama adalah untuk melantik pemimpin pelajar yang bertanggungjawab dan berdedikasi dalam membantu menjaga disiplin, ketenteraman, dan kebajikan penghuni asrama. Badan pengawas ini juga berfungsi sebagai contoh teladan kepada pelajar lain, serta membantu pihak sekolah dalam melaksanakan peraturan dan aktiviti di asrama. 

Galeri gambar boleh layari DI SINI.

Penghargaan Untuk Team Inovasi

Ahad, 13 Julai 2025: Team Inovasi sekolah telah mendapat penghargaan hari ini di mana mereka telah diberi penghormatan apabila diperkenalkan kepada semua guru dan pelajar atas kejayaan membawa pulang pingat Perak dalam pertandingan Inovasi di Jepun baru-baru ini. Semua penghargaan ini telah disampaikan oleh Tuan Pengetua , Ustaz Md Imran bin Md Nor.

Tahniah dan Syabas kepada mereka semua.

Kem Tahsin Solat Tingkatan 1

Program “Kem Tahsin Solat” adalah program di bawah kelolaan pihak BADAR dan dibantu oleh fasililator seramai 15 orang daripada Madrasah Seberang Tuan Cik.

Program ini melibatkan semua pelajar Tingkatan Satu. Fokus utama program ini dianjurkan adalah bertujuan untuk mendedahkan dengan lebih mendalam serta memantapkan lagi cara solat dalam kalangan pelajar tingkatan satu bagi merealisasikan matlamat Imtiaz untuk melahirkan generasi Ulul Albab.

  1. Mendedahkan kaedah ibadat yang sempurna dan mantap dalam kalangan pelajar.
  2. Membentuk sahsiah murid yang unggul melalui pengetahuan solat yang mendalam.
  3. Memberi pendedahan tentang masalah yang sering berlaku dalam kalangan
    pelajar ketika melakukan solat.
  4. Mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar dan fasilitator

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.