Category: Am

TAHNIAH!!! TEAM IMTIAZ K.TRG TEMPAT KE 3 PERTANDINGAN MIGHTY MINDS NATIONAL CHALLENGE 2013

Slide9SMIYT KTRG SBT , 7 Julai : Pertandingan ini telah berlangsung di Stadium Negeri 29 hb Jun yang lalu. Ianya berkonsepkan Sains dan SEM.

Pertandingan ini disertai oleh 120 team Kategaori menengah rendah dan 120 team kategori menengah atas. SM Imtiaz K.Trg telah menghantar 4 team  Menengah rendah dan 4 team menengah atas.

Dalam pertandingan ini peringjkat pertama, pelajar perlu menjawab 20 soalan objektif yang berkonsepkan Sains, Matematik dan pengetahuan Am. Pada peringkat kedua pula pembinaan model Sains, peringkat ketiga pembentangan model Sains dan akhir sekali peringkat keempat buzzer.

Dalam pertandingan tersebur satu team dari sekolah ini dalam kategori Menengah Rendah telah meraih tempat ketiga.

Team yang Berjaya :

  1. Muhammad Aqil Mohd Sabri
  2. Muhammad Lutfil Hady Bin Zainol Hady
  3. Mohammad Faiz Hakimi Bin Mohd Nor

Mereka telah membawa pulang hadiah RM 1,000.00 , Kamera Digital serta Sijil Penghargaan

Slide1Slide5Slide6Slide7

SYABAS DAN TAHNIAH ANAK-ANAK IMTIAZ K.TRG

 

Kursus Peluasan Frog VLE

Slide1SMIYT KTRG SBT , 5 Julai : Kursus ini telah diadakan di Makmal IT sekolah ini bermulai 4hb dan berakhir petang ini.

Ianya di bawah Projek 1Bestarinet 2013 yang telah dianjurkan oleh Unit ICT dan Pengkomputeran Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu( JPNT ).

Sebanyak 12 buah sekolah terlibat dalam kursus ini di bawah pengurusan PKG Durian Burung dan PKG Bukit Besar

Slide2Slide3Slide5Slide6Slide4 Slide4

Drama Bahasa Inggeris Dapat Saguhati

dramaSMK RANTAU PETRONAS , 5 Julai : Walaupun tidak mendapat kedudukan terbaik dalam pertandingan Drama Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Terengganu yang telah diadakan pada 3 julai yang lalu namun peserta drama rasa berpuashati  dan gembira.

Pihak pengurusan sekolah juga mengucapkan syabas dan tahniah kerana menunjukkan pretsasi yang tinggi serta kehebatan berdrama miskipun hanya mendapat saguhati sahaja.

ingger

Video Drama Bahasa Inggeris

Lawatan Penanda Aras Dari Universiti Islam Jordan

Slide18SMIYT KTRG SBT , 4 Julai : Pihak pengurusan sekolah hari ini telah menerima tetamu dari Luar Negara. Ianya bertujuan melihat sistem pembelajaran yang merangkumi sistem Hafazan Al Quran.

Mereka terdiri daripada 2 orang dari Universiti Islam Jordan , Seorang dari IAB Cawangan Timur , Pengarah Pusat Tahfiz Quran ,Solo, Indonesia dan Pengetua Pusat Tahfiz .

Mereka disambut oleh Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan Ulul Albab Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip dan Ketua Jabatan Agama, Ustaz Ahmad Fathi bin Mokhtar

Slide14Slide7Slide6