
Bengkel pengacaraan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar tersebut dalam mengendalikan majlis secara profesional. Bengkel ini merangkumi aspek teori dan praktikal, termasuk teknik pengacaraan, kawalan majlis, penggunaan gelaran rasmi, dan pembinaan keyakinan diri.
Objektif bagi bengkel pengacaraan ini adalah:
- Memberi pendedahan dan pengetahuan dalam pengendalian pengacaraan dengan lebih jitu dan sistematik.
- Mewujudkan dan mengembangkan potensi dalam diri pelajar yang ingin menjadi pengacara dalam sesuatu majlis.
- Memberi kefahaman mendalam tentang cara melaksanakan tugas pengacaraan majlis dengan sempurna mengikut amalan protokol semasa.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.