
Pertandingan Program Ihya Ramadan 1447H/2026M di sekolah merangkumi aktiviti keagamaan dan kreativiti untuk menyemarakkan bulan mulia, seperti Pertandingan Kuiz Hadis 40, Kuiz Ramadan, Daie Muda, Azan dan Khat. Program ini bertujuan menyemai kecintaan terhadap ibadah dalam kalangan pelajar.
Setiap lafaz azan yang berkumandang, setiap kalam dakwah yang disampaikan, serta setiap goresan khat yang terukir menjadi saksi usaha membina generasi yang berilmu, beradab dan berjiwa Islam.
Semoga Program Ihya’ Ramadan 2026 terus menyuburkan iman, menghidupkan hati, dan meninggalkan kenangan indah dalam perjalanan tarbiah anak-anak ini.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.