
Program Tautan Mahabbah Tingkatan 3 merupakan satu inisiatif pembangunan sahsiah dan pengukuhan jalinan ukhuwah dalam kalangan pelajar. Program ini dirangka bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni, saling menghormati serta memupuk nilai kasih sayang sesama rakan dan guru. Melalui aktiviti yang tersusun, program ini diharap dapat membentuk pelajar yang berakhlak mulia, berdisiplin serta mempunyai sifat empati dan tanggungjawab sosial.
Antara objektif program ini diadakan adalah:
- Mengeratkan ukhuwah antara pelajar Tingkatan 3 melalui aktiviti yang membina semangat kebersamaan dan saling menghormati.
- Memupuk nilai kasih sayang, empati dan kerjasama, selaras dengan adab dan akhlak Islam dalam kehidupan seharian.
- Membentuk sahsiah dan disiplin pelajar melalui penglibatan dalam aktiviti berfokuskan pembinaan karakter positif.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.