Kem Prestasi Gemilang Tingkatan 1

Am Transit Inn, Kuala Nerus, 14 Okt 2025:  Kem Prestasi Gemilang Tingkatan 1 2025 adalah program yang bertujuan memberi persediaan kepada pelajar Tingkatan 1 untuk menghadapi Ujian Akhir Sesi Akademik 2025 di samping memberi pendedahan kepada para pelajar tentang teknik menjawab soalan peperiksaan mengikut teknik yang betul. 

Seramai 118 orang pelajar Tingkatan 1 akan mengikuti program ini selama tiga hari bermula hari ini. Kem ini merupakan anjuran Unit Projek Kecemerlangan Tingkatan 1 sekolah ini sebagai salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran dan kefahaman kepada pelajar bagi setiap matapelajaran yang dipelajari.

Selain itu, kem ini dapat meningkatkan motivasi kepada para pelajar untuk mendapatkan markah tertinggi dalam setiap matapelajaran.

 

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.