Borneo International Innovation Creativity Competition 2025

International Youth Centre, K. Lumpur, 9-10 Ogos 2025 : TAHNIAH & SYABAS!!! kepada pelajar Tingkatan 2, Aira Nur Maisarah binti Abdullah Fuad kerana telah memenangi beberapa Anugerah dalam pertandingan BORNEO INTERNATIONAL INNOVATION CREATIVITY COMPETITION 2025 yang telah berlangsung pada 26-30 Jun 2025. Majlis Anugerah tersebut telah diadakan di IYT, Kuala Lumpur yang mana pelajar tersebut juga diringi oleh dua orang guru pengiring iaitu Ustaz Zaimuddin bin Anizan dan Ustaz Abdul Rashid bin Al Muzmi. Anugerah yang dimenangi adalah Gold Medal, Platinum Award dan Best Infographic Poster Award. Pertandingan seumpama ini dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif serta mampu bersaing di peringkat global.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada kepada Pihak Pengetua, Pengurusan iKT, guru-guru, ibu bapa dan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung atas usaha, komitmen dan pengorbanan yang diberikan untuk kejayaan ini. 

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.