SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA TERENGGANU
Ya rabbi anta maksudi
Keredaanmu tuntutan kami
Imtiaz KOSPINT kami sayangi
Mendidik kami erti insani
Allah dan rasul dalam ingatan
Quran dan hadis jadi pegangan
Akhlak Al-Quran diterapkan
Ilmu dan budi jadi asuhan
Akademik cemerlang pemimpin terbilang
Menerajui ummah penuh gemilang
Imtiaz KOSPINT kami sanjungi
Namamu tersemat di sanubari
Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia
SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu
Kg. Banggol Karah, Serada,
20050 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia.
SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA TERENGGANU
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, laman sesawang rasmi SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dapat menjadi wadah perkongsian maklumat, pencapaian, aktiviti serta perkembangan sekolah kepada seluruh warga sekolah, ibu bapa, alumni dan masyarakat.
Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mengunjungi laman sesawang rasmi sekolah ini. Sesungguhnya, dunia pendidikan sentiasa berkembang seiring dengan perubahan zaman dan kemajuan teknologi. Justeru, kita perlu terus bergerak ke hadapan dengan menjadikan teknologi sebagai medium untuk memperkukuh komunikasi, menyebarluaskan maklumat serta membina jaringan yang lebih erat antara sekolah dengan komuniti.
SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu sentiasa komited dalam usaha melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak, berketerampilan dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi pendidikan Imtiaz.
Dalam menghadapi cabaran pendidikan masa kini, seluruh warga sekolah perlu bergerak sebagai satu pasukan.
Saya yakin dengan semangat kebersamaan, kesungguhan dan komitmen seluruh warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu, kita mampu terus mencipta kecemerlangan dan mengangkat nama sekolah di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.
Akhir kata, marilah kita bersama-sama menjadikan sekolah ini sebagai sebuah institusi pendidikan yang bukan sahaja melahirkan huffaz yang menghafaz Al-Quran, tetapi juga huffaz yang menghayati, memahami dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.
Semoga segala usaha dan ikhtiar kita mendapat keberkatan serta dipermudahkan oleh Allah SWT.
“Melahirkan Generasi Huffaz yang Berilmu, Berakhlak dan Berdaya Saing.”
Sekian, terima kasih kerana melayari laman sesawang kami.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.
Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November 1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997. Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.
Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk menjadikan sekolah ini sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada 23 Julai 2000.
Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.
Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%. Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.
Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd.
Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu Allahyarham Dato’ Razali Bin Ismail, mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.
Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.
SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu
Melahirkan Generasi Ulul Albab
Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untuk Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)
" Soleh Pintar "
imtiaz The Best School In The World
SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu
Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu, bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.
Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.
Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.
Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.
Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.
Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.
Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.
as salam, saya ingin bertanya sedikit berkaitan flow untuk memohon menjadi guru sandaran tidak terlatih (GSTT) khususnya di imtiyaz kuala terengganu. adakah saya boleh terus hantar resume permohonan ke alamat sekolah? atau kena melalui pihak lain seperti ppd ataupun pihak yayasan terengganu?
pertanyaan saya ini lebih menjurus permohonan guru ganti untuk sesi persekolahan 2014 6ti untuk makluman pihak tuan/puan, saya merupakan fresh graduate yg baru tamat pengajian dlam bidang pendidikan sains, minor kimia dr universiti pendidikan sultan idris. jd sebelum di panggil posting yg x pasti lagi bila, saya berhajat untuk menimba pengalamn bekerja khusunya berkait dengan bidang yang saya ambil. trma kasih
Assalamualaikum Puan,
Saya pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ingin menemu ramah puan.
Sebungan dengan itu, berikut saya sertakan surat permohonan saya:
Nor Fairuz Nadhirah Binti Ruslan UK34728
Blok Ibnu Majah IM308,
Pejabat Kolej Siswa Sheikh Abdul Malik,
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
Pn. FAIDAHNAM BINTI BUSU
Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Kuala Terengganu,
Kampung Banggol Karah,
20050 Serada,
Terengganu Darul Iman. 30 MAC 2015
PERMOHONAN UNTUK MENEMU RAMAH
Assalamualaikum Puan Pengetua,
1. Merujuk perkara diatas, saya UK34728 Nor Fairuz Nadhirah Ruslan pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Saya dan ahli kumpulan yang lain berhasrat ingin menemu bual puan berkenanaan tugasan yang diberikan kepada kami yakni:
Subjek: TU2013 Penganjian Tamadun & Kenegaraan Malaysia
Tajuk: “Permikiran quranik, siantifik, dan ensiklopedik merupakan hasrat Kerajaan Negeri Terengganu terhadap pelajar menengah selaras dengan perkembangan intelektual pada zaman Yunani.”
Berikut saya sertakan arahan kerja berkenaan tugasan tersebut sebagai rujukan puan:
ARAHAN KERJA (EDARAN KEPADA PELAJAR)
TU 2013 (PENGAJIAN TAMADUN & KENEGARAAN MALAYSIA)
Subjek : Pengajian Tamadun & Kenegaraan Malaysia
Kod Kursus : TU 2013
Taraf Kursus : Teras Universiti (WAJIB AMBIL & LULUS)
Sem. : Sem. 2 (Kemasukan 2014/2015)
Pensyarah : 1. Dr. Hamdan Aziz – Penyelaras Kursus (K2/K3/K4) hamdan.aziz@umt.edu.my No. Bilik 115, Bangunan PPSE
2. Dr. Firdaus Khairi Abd Kadir (K1/K6/K8)
3. Tuan Haji Zakaria Ibrahim (K5/K7/K9)
Jumlah jam : 1. 3 jam seminggu x 14 minggu= 42 jam (wajib hadir keseluruhan).
2. Syarat lulus adalah HADIR & LULUS bagi semua aspek penilaian iaitu tugasan/ujian termasuk KEHADIRAN
Kaedah Pengajaran: 1. 14 jam adalah kuliah manakala 28 jam adalah pembentangan/ perbincangan pelajar terhadap hasil tugasan.
2. Anda DIWAJIBKAN mendaftar dengan Massive Open Online Corses (MOOCs) dengan terlibat secara aktif serta download nota TU 2013 melalui laman tersebut.
Tugasan : 1. Explorace Jati Diri (Tokoh/ bangunan & tempat bersejarah)
i. Pelan Tindakan (5%)
ii. Video/ Dokumentari (15% meliputi isi (8M), kreativiti (4M) dan teknikal (3M).
2. Dokumentasi/ laporan & Esei (15%)
3. Komitmen (10%)
4. Pembentangan tajuk tugasan (15%)
5. Kuiz (10%)
6. Peperiksaan Akhir (30%)
Perincian Tugasan: 1. Pelajar membentuk kumpulan serta melantik KETUA KUMPULAN dalam kumpulan seramai antara 8-10 orang
setiap kumpulan pada MINGGU PERTAMA- KEDUA.
2. Merancang untuk mengenal pasti tokoh/ tempat bersejarah pada MINGGU Ke-3.
3. Serahan Pelan tindakan pada MINGGU Ke-4.
4. Pembentangan kumpulan pada MINGGU KEEMPAT HINGGA MINGGU Ke-12.
5. Pembentangan video pada MINGGU Ke-10.
5. Menghantar laporan dokumentari/ dokumentasi pada MINGGU Ke-12-13.
Tajuk Pembentangan:
1. Fungsi agama sebagai pembentuk masyarakat bertamadun serta hubungan dalam pengamalan masyarakat kini (Kajian lapangan di Masjid Abidin Kuala Terengganu/ Masjid Cina di Rantau Panjang).
2. Kejatuhan dan kelemahan sesebuah tamadun sangat berkait rapat dengan akhlak tingkah laku seseorang pemimpin serta rakyat (Kajian lapangan/ pemerhatian/ Kepustakaan/ Bandaraya Melaka).
3. Bincangkan kedudukan kaum India di Terengganu dalam konteks sosiobudaya serta hubungan dengan masyarakat Melayu khususnya di Terengganu (Kajian lapangan masyarakat India di Kuala Terengganu).
4. Kewujudan Kg. Cina serta Kg. Tiruk di Kuala Terengganu merupakan sebahagian kegiatan diaspora penduduk Cina di Terengganu (Pemerhatian/ kajian lapangan/Kg Cina dan Kg Tiruk).
5. Pemikiran Quranik, Saintifik dan Ensiklopedik merupakan hasrat kerajaan negeri Terengganu terhadap pelajar menegah selaras dengan perkembangan intelektual pada zaman Yunani (Kerja lapangan sekolah-sekolah Imtiaz Terengganu).
6. Al-Quran dan As Sunnah merupakan sumber utama dalam akidah, akhlak dan syariat umat Islam serta pembentukan Tamadun Islam (Institut Al-Quran (IQ) Terengganu).
7. Teori kedatangan Islam ke alam Melayu dikaitkan dengan pendakwah dari Tanah Arab, India serta Cina serta pengaruh terhadap sosiobudaya penduduk alam Melayu (Jejak warisan/ kubur/ bukti).
8. Inskripsi pada Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT) membuktikan kedatangan pengaruh sosiopolitik dan budaya mekar mewangi dalam pemikiran penduduk Terengganu (Kajian terhadap Batu Bersurat Piagam Terengganu di Muzium Terengganu)
9. Kedudukan geografi Tanah Melayu merupakan faktor penggalak kepada perdagangan sebelum abad ke-19 di Tanah Melayu (Pemerhatian/ Kepustakaan/ Kuala Berang dan Kuala Krai).
10. Penguasaan British dalam kerangka politik dan pentadbiran di Tanah Melayu menimbulkan reaksi penentangan (Jejak tokoh—Mat Kilau/ Tok Gajah dan Abdul Rahman Limbong).
11. Tokoh-tokoh Melayu dan Bukan Melayu dengan nurani yang ikhlas bersatu membentuk kemerdekaan (Jejak Tokoh politik veteran/ temu bual).
12. Konsep Malaysia- bila dan bagaimana bermula? Pembentukan Malaysia- penilaian terhadap negeri-negeri dalam Persekutuan terutama Kelantan (Kepustakaan /temu bual tokoh politik veteran).
13. Jejak Wakil rakyat setempat- kemenangan melalui pilihan raya serta sumbangan (temu bual dengan Wakil Rakyat Ahli Dewan Rakyat atau ADUN)
14. Dewan Undangan Negeri merupakan badan legislatif peringkat negeri yang berperanan menggubal dasar peringkat negeri (Lawatan Bangunan DUN/ temu bual).
15. Sistem kehakiman syariah adalah berligar dalam konteks akidah, akhlak dan syariat khusus terhadap orang Islam (Kerja lapangan-Mahkamah Syariah).
16. Tamadun sering dikaitkan dengan keindahan alam sekitar manakala persekitaran yang tidak kondusif melambangkan keruntuhan sesebuah tamadun (Kajian lapangan di kawasan rekreasi serta polisi kerajaan Tempatan)
17. Dialog antara tamadun sangat diperlukan dalam masyakat plural seperti Malaysia (kerja lapangan rumah ibadat penganut Islam/ Hindu/ Buddha/ Kristian/ temu bual/ pemerhatian)
18. Dasar luar Malaysia terhadap isu Tuntutan Sulu terhadap Sabah, Pulau Batu Putih, Pulau Sipadan dan Ligitan, Kepulauan Spratly, Limbang, Ambalat dan Pulau Pisang (Kerja Kepustakaan/ temu bual tokoh).
Salinan kepada;
1. Ketua Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Peradaban- Dr. Hailan Salamun
2. Timbalan Dekan Akademik dan HEP- Prof. Madya Dr. Azlina Abu Bakar @ Mohd
3. Fail Penyelaras
2. Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik puan untuk memberi kerjasama dan membuka ruang kepada kami untuk mengupas pandangan dan pendapat puan berkenaan tajuk tersebut.
3. Sebarang pertanyaan pihak puan boleh menghubungi saya Nor Fairuz Nadhirah Binti Ruslan pada talian 0176786554 atau emailkan kepada akaun saya fairuznadhirah@rocketmail.com untuk mengetahui keterangan yang lebih lanjut.
4. Diharapkan agar puan dapat memberikan kata putus mengenai permohonan untuk ditemu bual mengenai tugasan pihak kami ini kepada saya selewat-lewatnya 3 April 2015. Sila sertakan tarikh dan masa yang bersuaian bagi pihak puan juga alamat dan nombor yang dapat kami hubungi.
Segala jasa baik daripada pihak puan, saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Yang Benar,
UK34728 NOR FAIRUZ NADHIRAH BINTI RUSLAN
PELAJAR PENGAJIAN TAMADUN DAN KENEGARAAN MALAYSIA
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
Bila permohanan kemasukan tinkatan empat bagi tahun 2016 ye?