
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu akan mengadakan program Solat Hajat dan Restu Ilmu Calon SPM 2026 pada 19 November 2026 (Khamis), jam 8.00 pagi bertempat di Surau Tok Ku Pulau Manis, IKT.
Program ini diadakan sebagai usaha memohon keberkatan, keredaan dan pertolongan Allah SWT buat semua calon SPM 2026yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026. Semoga melalui solat hajat, doa dan restu ilmu ini, semua calon diberikan ketenangan jiwa, kekuatan mental serta dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi peperiksaan. Mudah-mudahan segala ilmu yang dipelajari mendapat keberkatan dan membuahkan kejayaan yang cemerlang. Iringi usaha dengan doa, lengkapi ikhtiar dengan tawakal. Semoga kejayaan menjadi milik semua calon SPM 2026.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.