
Bengkel Pemantapan Topik Sukar Matematik telah dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu (PPDKT) khusus bagi membantu meningkatkan penguasaan dan pemahaman murid terhadap topik-topik Matematik yang sukar.
Program ini melibatkan pelajar Tingkatan 2 daripada tujuh buah sekolah di daerah Kuala Terengganu. Para peserta diberi pendedahan kepada teknik penyelesaian masalah, pengukuhan konsep serta strategi menjawab soalan Matematik dengan lebih berkesan.
Semoga bengkel ini dapat membantu para pelajar meningkatkan keyakinan, kemahiran dan pencapaian dalam mata pelajaran Matematik serta menjadi persediaan yang lebih baik dalam menghadapi pembelajaran pada peringkat seterusnya.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta serta terima kasih kepada PPDKT atas penganjuran program yang bermanfaat ini.