
Penglibatan pelajar-pelajar iKT dan beberapa orang guru pengiring sebagai petugas reruai Yayasan Terengganu bersempena dengan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2026 (MTHQ2026). Pihak Yayasan Terengganu telah diamanahkan untuk mengendalikan reruai pameran berkaitan sekolah Imtiaz. Reruai ini menampilkan pelbagai pengisian ilmiah dan interaktif yang bertujuan memperkenalkan agenda Quranik yang dilaksanakan di sekolah Imtiaz.
Antara tarikan utama yang disediakan ialah perkongsian berkaitan teknik dan kaedah hafazan serta murajaah yang diamalkan oleh para pelajar. Selain itu, para pengunjung turut diberi peluang merasai pengalaman menulis tahriri, iaitu penulisan al-Quran secara tulisan tangan.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.