Warga sekolah ingin mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2025 kepada anak-anak soleh pintar, batch Avenoir Tacenda. Semoga kalian ...
Warga sekolah ingin mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2025 kepada anak-anak soleh pintar, batch Avenoir Tacenda. Semoga kalian dikurnai kesihatan yang berpanjangan, kelapangan hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi peperiksaan yang sedang berlangsung.
Tanamkan usaha yang kuat, diselitkan dengan doa tanpa henti dan tawakkal kepadaNya . Semoga kejayaan milik kita semua.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.
Ahad, 20 Julai 2025: Majlis “Sanjungan Budi, Lestari Kasih” telah diadakan untuk merayakan persaraan Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor Bin Yahya yang lebih mesa dennen panggilan “Abi KO”. Majlis diadaken sebagai menghormati dan memberikan penghargaan kepada beliau atas sumbangan dan perkhidmatannya selama ini.ย Pelbagai acara termasuk persembahan badan beruniform, pencak silat, paluan kompang, ucapan, bacaan doa, dan penyampaian cenderamata dilangsungkan dengan penuh penghargaan bagi menghargai jasa beliau dalam dunia pendidikan.
Warga sekolah mengucapkan Selamat Bersara kepada Abi KO. Segala salah dan silap harap dimaafi. Semoga tautan kasih kami akan kekal utuh menjadi selingkar kenangan kepada Ustaz. Selaut kasih, selangit kasturi, seharum setanggi, sejambak bunga terima kasih, titipan kasih buatmu PK Kokurikulum.
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi Tuan dalam kenangan
Galeri gambar & video boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.
Ustaz Md Imran bin Md Nor , Pengetua sekolah ini telah merasmikan majlis Pelancaran Projek Tingkatan 1 – 4 & Guru Muda Tingkatan 2 – 4 di Dewan As-Syatibi pagi ini. Turut hadir ialah semua Guru Penolong Kanan , guru-guru serta pelajar yang terlibat.
Objektif bagi Projek Tingkatan 1 adalah:
1๏ธโฃ Untuk memperkasakan iklim penyungguh akademik. 2๏ธโฃ Memotivasikan pelajar agar terus bersemangat untuk skor dalam semda mata pelajaran bagi PAT dan UASA.
Objektif bagi pelantikan “Guru Muda” adalah:
1๏ธโฃ Memberi motivasi kepada pelajar untuk cemerlang dan mahir dalam subjek yang diminati. 2๏ธโฃ Dapat membantu kawan-kawan yang lemah dalam subjek tertentu. 3๏ธโฃ Dapat membantu guru semasa PdPC atau ketika ketiadaan guru dalam kelas.