Tahniah! : Kalam Jamaie Tempat Ke 3 Peringkat Negeri Terengganu 2013
SMAASZA Batu Buruk , 5 April : Setinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta Kalam Jamaie yang telah berjaya mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan tersebut bagi peringkat Negeri Terengganu anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.
Pertandingan ini telah diadakan di SMA (A ) Sultan Zainal Abidin Batu Buruk pada 4 April 2013 yang melibatkan 8 buah sekolah.
Tahniah juga ... Continue Reading
Program Jaringan Pelajar-Pelajar PMR Ke Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor
SMIYT KTRG SBT , 3 April : Seramai 31 pelajar PMR yang terdiri dari 15 lelaki dan 16 perempuan serta 3 orang guru telah bertolak ke SM Sains Hulu Selangor sebentar tadi bagi program tersebut.
3 orang guru terdiri daripada Cikgu Abdul Hadi bin Muda, Ustazah Wan Mardhiana binti Wan fauzi dan Cikgu Che Kadijah binti Abdullah. Program ... Continue Reading
Pertandingan Masakan Antara Badan Beruniform
Published By admin On Tuesday, April 2nd 2013. Under Am, Kokurikulum Tags: badan beruniform, masakan
SMIYT KTRG SBT , 2 April : Kelab Remaja Sekolah ( KRS ) petang ini telah menganjurkan pertandingan masakan antara badan beruniform sekolah bertempat di kantin sekolah.
Markah diambil kira berpandukan kreativiti, rasa, kebersihan dan kerjasama. Pertandingan ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu lelaki dan perempuan.
Tahniah kepada semua badan beruniform yang telah menghantar wakil bagi menyertai pertandingan ini. Hakim yang mengadili pertandingan ini adalah terdiri daripada guru-guru yang pakar tentang masakan.
Lihat gambar masakan yang telah siap untuk diadili DI SINI ... Continue Reading
Tahniah! SM Imtiaz YT Kuala Terengganu Terima 4 Anugerah
SMIYT KTRG SBT , 2 April : Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada sekolah ini yang telah menerima anugerah sempena Majlis Apresiasi dan Resepsi Kecemerlangan Pendidikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu yang telah diadakan pada hari ini di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Terengganu, Gong Badak.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y.A.B. Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu.
Sekolah ini telah menerima anugerah Sekolah Anjung Ilmu, anugerah Sekolah ... Continue Reading