
Yayasan Terengganu, 25 Nov 2025: Yayasan Terengganu telah mengadakan Sambutan Hari Integriti Tahun 2025 dalam suasana penuh berinformasi dan berfokus kepada pembudayaan nilai integriti dalam kalangan warga kerja serta masyarakat. Seramai lebih kurang 10 orang Kakitangan Yayasan Terengganu di SM Imtiaz YT Terengganu berpeluang untuk hadir ke majlis tersebut.

Majlis sambutan tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Mohd Nazri bin Muda, Timbalan Pengarah (Operasi) Yayasan Terengganu, yang dalam ucapan perasmiannya menekankan kepentigan integriti sebagai asas kepada tadbir urus yang cekap, beramanah dan bebas daripada penyelewengan.
Turut memeriahkan program sambutan adalah slot kuliah dhuha yang disampaikan oleh YBhg. Datoā Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Dalam kuliahnya, YBhg. Datoā Seri Dr. berkongsi pandangan mengenai peranan integriti dari sudut agama dan kepimpinan, serta menekankan bahawa nilai integriti perlu diamalkan secara menyeluruh dalam setiap aspek kehidupan.
Selain pengisian ceramah, pelbagai pameran agensi kerajaan turut diadakan bagi memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai perkhidmatan dan inisiatif yang berkaitan dengan integriti, keselamatan, pendidikan dan pembangunan sosial. Tidak ketinggalan pengusaha daripada syarikat swasta serta jualan daripada usahawan tempatan turut memeriahkan suasana sambutan.
Program ini diadakan bagi memperkukuh budaya kerja berintegriti dalam kalangan warga Yayasan Terengganu, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan integriti sebagai teras kecemerlangan organisasi.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi Yayasan Terengganu.