KUALA TERENGGANU , 30 Oktober : Kelab Ukhuwwah Imtiaz KOSPINT ( KUIK ) patng ini telah mengadakan jamuan akhir tahun di Primula Hotel Kuala Terengganu.

Ianya merupakan acara tahunan kelab ini yang ditubuhkan bagi menjaga kebajikan ahli-ahlinya yang terdiri daripada guru serta kakitangan sekolah. Sebagai sebuah kelab yang berfungsi untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada ahlinya, banyak sumbangan yang telah diberikan seperti sumbangan derma untuk kelahiran anak, sumbangan kepada ahli keluarga yang kematian ahli, perkahwinan kali pertama dan banyak lagi.

Dalam majlis tersebut, Puan Pengetua Ustazah Mardziah binti Che Abdullah sudi memberikan  ucapan walaupun beliau begitu sibuk sebelum beliau bergegas ke Kuala Lumpur di atas urusan rasmi.

Terdahulu dari itu, pengerusi kelab KUIK, Cikgu Abdul Hadi telah menyampaikan ucapan dan beliau bersama jawatankuasa kelab KUIK mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli kerana memberi kerjasama dan sudi hadir dalam majlis tersebut. Menurutnya lagi, sepanjang 3 tahun berkhidmat, beliau bersama jawatankuasa yang lain memohon agar diberi pelapasan untuk mengundur diri dan diberikan kepada kepimpinan baru untuk mentadbir kelab KUIK.

Gambar selanjutnya sila KLIK DI SINI