Category: Kurikulum

Penyerahan Anak Angkat Program Projek SPM dan PT3 2018

7cb2c6f9-a350-4fd2-a8a7-eaab58b23b2dSMIYT KTRG SBTย , 28 jan : Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Imtiaz , Encik Mazlan bin Che Wil hari ini telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Anak Angkat secara simbolik bagi Projek SPM & PT3 bagi tahun 2018 di Dewan Asyatibi.

Beliau juga telah merasmikan Majlis Pelancaran Projek Inspirasi Menggapai Bintang, Akademik Dijulang, IKT Terbilang.

Semua Pengurusan Sekolah telah diberi amanah untuk mengawasi serta mengambil berat tentang anak angkat ini agar mereka yang akan menduduki peperiksaan awam terus mendapat kejayaan yang cemerlang bukan hanya di peringkat Negeri tetapi juga mengungguli peringkat Kebangsaan.

 

4c4d0e28-3b1c-48b4-b219-d825a9b15f3ac90b8110-e97f-4bad-bc93-e060feba69afc0699d16-b69e-487c-9e66-f615c11a2d40

Gambar selanjutnya sila klik di bawah

Perasmian Projek SPM & PT3 2018

 

 

Amanat Penting Untuk Calon SPM 2018

c20ce414-7881-4d85-8530-9a00894eca01SMIYT KTRG SBT , 27 Jan : Seramai 89 calon SPM 2018 telah diberi amanat penting bagi mengahadapi SPM pada tahun ini.

Amanat dari Tuan Pengetua, Ustaz Md Imran bin Md Nor dan Ustaz Mazelin bin Ali , Penolong Kanan Pentadbiran telah menyuntik semangat yang membara di kalangan calon tersebut.

Semoga SPM pada tahun ini akan melakar sejarah yang cemerlang dan terbilang.

 

Keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 ( PT 3 ) 2017

a2f51857-413d-40ec-aed2-cc280e660c8eSMIYT KTRG SBT , 14 Disember : Hari ini kepurtusan PT3 bagi tahun 2017 telahpun diumumkan. Penolong Kanan Akademik , Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani telah menyerahkan slip keputusan kepada semua pelajar PT 3 di Dewan Asyatibi pagi tadi.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Tahniah!! Cikgu Saripah Ikon Guru 2017 Peringkat Kebangsaan

18b97093-b76a-402d-a4e5-08571c42a34dKUALA TERENGGANU 19 Mei : Guru Sekolahย Menengahย Imtiazย Kuala Terengganu, Hajah Saripah binti Embong diumumkan sebagai salah seorang daripada empat penerima Anugerah Ikon Guru 2017 dalam Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Johor di sini pada 16 Mei.

Anugerah itu disampaikan oleh YB Dato’P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan Timbalan Menteri Pendidikan 1, KPM

Kemenangan itu membolehkan Saripah menerima hadiah wang tunai RM 2000.00, sebuah plak dan sijil

Saripah merupakan seorang penyelidik dan guru pembimbing pasukan reka cipta sekolah dan telah mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai pertandingan termasuk di peringkat dunia antaranya di Korea (2014 & 2016), Vietnam 2014, Taiwan 2015, di Thailand & Romania pada tahun 2016.

Tahniah dan syabas !!!!

b35439fb-158d-470c-9dac-5e2868fcdbcb77f5f50e-ad2a-44a6-abab-758f158e523061d9f439-bd64-4510-ac9b-f5466f67bdf66b174f2b-e4ac-46df-81f8-c7c12c4545b7

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI