Category: Kurikulum

Anis Atikah Pelajar Terbaik PT3 2014

Slide32SMIYT KTRG SBT , 22 Disember : Seramai 96 calon yang menduduki peperiksaan PT3 baru-baru telah diumumkan keputusan hari ini di Dewan Asyatibi.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar Tingkatan 3 kerana mendapat lulus 100%. Calon terbaik adalah seorang pelajar perempuan iaitu Anis Atikah binti Mazlan yang mendapat keputusan 11A.

Keputusan tersebut telah diumumkan oleh Puan Pengetua , Ustazah Mardziah binti Che Abbdullah. Berikut adalah sebahagian ucapan beliau.

‘ Alhamdulillah , hari ini 22 disember adalah tarikh untuk mengumumkan keputusan Peperiksaan PT3 ย dan tahun ini merupakan tahun pertama format pentaksiran .

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar , guru dan semua ibubapa yang selama ini telah memberi komitmen kepada sekolah untuk memudahkan guru -guru berusaha membantu anak-anak kita terus cemerlang bukan sahaja dalam pelajaran mereka dalam bidang akademik bahkan dalam semua hal.

Alhamdulillah untuk PT3 SM Imtiaz Kuala Terengganu tidak ada mencatatkan gagal.

Slide11Slide18Slide25

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Berikut adalah 20 pelajar terbaik dalam peperiksaan tersebut.

scan0001

Peperiksaan PT3 Bermula Hari ini

IMG-20141013-WA0005SMIYT KTRG SBT , 13 Oktober : Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 ( PT3 ) telah bermula hari ini dan akan berakhir pada hari khamis.

Seramai 96 calon telah menduduki peperiksaan tersebut yang pertama kali diadakan yang digantikan dengan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ).

Kelihatan semua pelajar bersemangat menduduki peperiksaan tersebut. Tinjauan yang dilakukan didapati semua calon bersungguh-sungguh menjawab soalan dan diawasi oleh guru pengawas. Semoga anak-anak Al fateh beroleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan itu.

IMG-20141013-WA0000IMG-20141013-WA0020IMG-20141013-WA0019IMG-20141013-WA0016IMG-20141013-WA0013IMG-20141013-WA0001IMG-20141013-WA0008

Tuan Haji Talib Rasmi Majlis temu Murni PT3 dan SPM 2014

Slide1SMIYT KTRG SBT , 9 Oktober :Majlis Temu Murni dan Solat Hajat bagi PT3 dan SPM telah diadakan pada hari ini yang dirasmikan oleh Tuan Haji Talib bin Abdul Rahman AJK MPIBG yang mewakili YDP MIPBG.

Terdahulu dari itu, satu majlis temu murni telah diadakan di dua lokasi iaitu di bilik kuliah bagi PT3 dan Balai Quran bagi SPM. Solat hajat telah diadakan selepas waktu zohor dan majlis perasmian telah diadakan di dewan Asyatibi.

Semoga anak-anak al Fateh akan beroleh kejayaan dalam peperiksaan nanti.

Slide96Slide7Slide21

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

30 Hari Menjelang SPM 2014

Slide46SMIYT KTRG SBT , 2 Oktober : Menjelang 30 hari peperiksaan SPM 2014 akan diadakan , satu program khas iaitu pelancaran 30 Hari Menjelang SPM 2014 telah berlangsung pagai tadi yang dirasmikan oleh Encik Yahya bin Wahab , Pegawai Sektor Pendidikan Islam , Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Dalam ucapan perasmian tersebut , beliau berharap semua pelajar berkenaan dapat menumpukan penuh perhatian dalam pelajaran serta memperbanyakkan solat hajat.

Semoga pelajar akan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Slide16Slide31Slide11Slide12Slide34Slide7

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI