Category: Kurikulum

Kem Pecutan TOV SPM dan PT3 2016

IMG-20151229-WA0036

SMIYT KTRG SBT , 29 Disember : Bermula pada hari ini kem Pecutan TOV SPM dan PT3 bagi sesi 2016 akan dijalankan sehingga 2 Januari 2016.

Ianya bertujuan sebagai persiapan awal bagi menghadapi peperiksaan Awam yang bakal dihadapi oleh calon berkenaan.

Satu taklimat telah diadakan hari ini dimulai dengan ucapan dari Tuan Pengetua , Encik Mohd Yusoff bin Othman yang mengalu-alukan kehadiran semua pelajar untuk mengikut kem tersebut. Ianya disusuli oleh taklimat khas mengenai kem ini oleh Penolong Kanan Pentadbiran , Encik Ruslan bin Ibrahim.

Semoga kem ini akan menjadi titik tolak bagi menggapai kejayaan nanti.

IMG-20151229-WA0037IMG-20151229-WA0038IMG-20151229-WA0035IMG-20151229-WA0034IMG-20151229-WA0021IMG-20151229-WA0020IMG-20151229-WA0040 IMG-20151229-WA0041 IMG-20151229-WA0042 IMG-20151229-WA0043 IMG-20151229-WA0044 IMG-20151229-WA0045

PT3 2015 – SM Imtiaz Kuala Terengganu Capai Keputusan Cemerlang

Slide40SMIYT KTRG SBT, 14 Disember : Seramai 117 calon PT3 telah menerima keputusan di Dewan Asyatibi hari ini. Keputusan PT3 telah diumumkan oeh Tuan Pengetua , Encik Mohd Yusoff bin Othman.

Keputusan yang diumumkan hari ini sungguh membanggakan apabila serama 33 calon telah mendapat 11 A , 41 calon mendapat 10 A, 20 calon mendapat 9 A, 9 calon mendapat 8 A, 10 calon mendapat 7 A dan 4 calon mendapat 6 A.

Tahniah dan syabas kepada semua guru dan pelajar yang mengharumkan nama sekolah Tidak lupa juga diucapkan syabas kepada semua ibubapa yang banyak membantu pihak sekolah.

Senarai nama pelajar yang mendapat 11 A klik di sini – VIDEO

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Slide10Slide31Slide2

Pengarah Yayasan Terengganu dan Yang Dipertua MPIBG Beri Suntikan Semangat Kepada Calon SPM 2015

IMG-20151117-WA0007

SMIYT KTRG SBT , 17 November : Pagi ini pihak Sekolah amat bertuah kerana menerima kunjungan dari insan yang begitu perihatin dengan pelajar. Beliau ialah Tuan Haji Mohamad bin Sulong , Pengarah Yayasan Terengganu danTuan Haji Zulkifli bin Abu Bakar , Yang Dipertua MPIBG.

Turut menyambut ketibaan mereka ialah terdiri daripada Pengurusan Sekolah iaitu Cikgu Yusuf bin Osman , Pengetua sekolah yang baru , Semua Penolong Kanan serta Ketua Jabatan dan beberapa orang guru.

Tuan Haji Mohamad bin Sulong telah memberi kata-kata semangat kepada calon SPM mengenai kertas Peperiksaan Pendidikan Syariah Islamiah manakala Tuan Haji Zulkifli bin Abu Bakar memberi ucapan yang sama tetapi mengenai kertas peperiksaan Matematik.

Semoga kata-kata mereka ini ย akan memberikan suntikan semangat juang yang tinggi bagi menghadapi peperiksaan hari ini. Pihak sekolah sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah Yayasan Terenggganu dan YDP MPIBG kerana sudi meluangkan masa bersama calon SPM 2015 dari sekolah ini.

IMG-20151117-WA0006IMG-20151117-WA0004IMG-20151117-WA0005

Pengarah JPNT Beri Suntikan Motivasi Untuk Calon SPM 2015

IMG-20151027-WA0040ANGULLIA , MARANG : 25 Oktober , Seramai 109 calon SPM 2015 yang mengikuti Bengkel Finishing Touch SPM 2015 amat bertuah kerana Tuan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin sudi meluangkan masa untuk memberi suntikan motivasi yang bermula 22 – 24 Oktober 2015 di Angullia Beach Resort.

Semoga segala kata-kata yang dilontarkan kepada calon SPM ini dapat diambil manafaat untuk persedian bagi menghadapi peperiksaan SPM nanti.

IMG-20151027-WA0043 (1)IMG-20151027-WA0041