Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Perdana 2025

Unit Pembudayaan Al-Quran dengan kerjasama MPIBG SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah menganjurkan Majlis Khatam Hafazan Al-Quran pada hari ini yang mana ia merupakan salah satu acara yang ingin dilaksanakan setiap tahun oleh pihak Unit Al-Quran bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang Al-Quran seterusnya melahirkan sahsiah pelajar yang seimbang duniawi dan ukhrawi. Majlis ini juga merupakan satu kesinambungan bagi menjadikan amalan membaca dan murajaah Al-Quran sebagai satu budaya sekaligus mengiktiraf pelajar yang telah berjaya menghafaz Al-Quran sebanyak 30 juzuk di bumi Imtiaz Kuala Terengganu. Majlis ini melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 3-5 seramai 150 orang dan turut dijemput adalah ibu bapa pelajar yang terlibat bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Khatam Hafazan Al-Quran merupakan suatu ibadah yang menjadi tuntutan agama Islam. Semua umat Islam digalakkan khatam Al-Quran sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Tetapi apa yang lebih penting, supaya Al-Quran itu hidup di dalam diri setiap Muslim. Seberapa kerap seseorang itu khatam Al-Quran, itulah yang terbaik untuk dirinya.

Berikut adalah objektif majlis ini diadakan:

  • Menanam sikap menyanjungi dan memuliakan Al-Quran dalam kalangan warga sekolah
  • Menarik minat pelajar berusaha mengkhatam hafazan Al-Quran.
  • Menyemaikan minat pelajar dalam menyertai program program keagamaan.
  • Mencungkil bakat dan kepimpinan dalam kalangan pelajar dalam bidang Al-Quran.
  • Pelajar berkeyakinan dengan bacaan dan penguasaan Al-Quran serta melaziminya dalam kehidupan
    seharian mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published.