Pelancaran Kelas Talaqqi Surah Al-Fatihah Bersanad

Unit Pembudayaan Al-Quran telah menganjurkan kelas Talaqqi Surah Al-Fatihah bersanad yang dikendalikan oleh guru Bahasa Arab IKT, Dr. Syeikh Essam Bin Fayez khusus untuk semua warga sekolah. Inisiatif murni ini membuka peluang kepada guru, kakitangan dan juga anak pelajar mendalami bacaan Al-Quran secara talaqqi bersama guru yang berpengalaman disamping menerima sanad melalui proses talaqqi tersebut apabila khatam. Semoga program ini menjadi asbab untuk memperbaiki bacaan, menambah kefahaman serta meraih keberkatan dan rahmat Allah SWT.

Leave a Reply

Your email address will not be published.