Archive for: February 2016

Lawatan Penandaarasan Madrasah Moden MAIDAM Kuala Nerus, Terengganu

Slide99SMIYT KTRG SBT, 24 Februari : Hari ini pihak Sekolah telah menerima kunjungan dari Madrasah Moden MAIDAM Kuala Nerus. Rombongan ini terdiri daripada 8 orang guru yang diketuai oleh Pengetua, Ustaz Wan Embong bin Wan Ngah dan 120 orang pelajar.

Rombongan ini telah dibawa ke Surau untuk melihat pelajar sekolah ini menghafaz Al Quran sebelum mereka diberi taklimat khas mengenai perkembangan sekolah.

Slide98Slide102Slide103Slide105

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Ceramah Motivasi Ustaz Mizan

Slide3SMIYT KTRG SBT, 24 Februari : Baru-baru Sekolah telah menganjurkan satu program Motivasi untuk semua pelajar yang dikendalikan oleh Ustaz Mizan, Pakar Motivasi yang terkenal.

Semoga program ini akan memberi suntikan baru kepada semua pelajar bagi mempertingkatkan lagi pembelajaran di Sekolah.

Slide9Slide16Slide20Slide22

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Perarakan Apresiasi Kokurikulum 2016

Slide26SMIYT KTRG SBT, 24 Februari : Satu perarakan telah diadakan semalam yang terdiri daripada Persatuan Badan Beruniform Sekolah yang terdiri daripada pelajar serta guru.

Ianya merupakan arahan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu yang diadakan secara serentak di seluruh Negeri Terengganu.

Bertujuan bagi memperkenalkan aktiviti sekolah kepada masyarakat setempat. Perarakan sejauh 1.5 kilometer bermula daripada dataran Imtiaz sehingga ke Masjid Banggol Mempelam melalui jalan utama.

Slide77Slide65Slide63Slide50Slide49

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Lawatan Penandaarasan SMA Bukit Ibam, Pahang

Slide6SMIYT KTRG SBT, 14 Fabruari : Seramai 11 orang guru pengiring dan 70 pelajar dari Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, Pahang telah mengunjungi sekolah ini dalam rangka lawatan penandaarasan hari ini.

Rombongan ini disambut oleh pihak Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan HEM, Ustaz Md Nor bin Yahya, Penolong Kanan Kokurikulum serta semua Ketua Jabatan.

Rombongan tersebut telah dibawa melihat pelajar menghafaz Al Quran di Surau dan Balai Quran sebelum mendengar taklimat mengenai sekolah oleh Tuan Haji Ahmad Ridhuan.

Selepas sesi taklimat mereka di bawa pula ke bilik galeri sekolah dan melihat persekitaran sekolah dan asrama.

Slide40Slide33Slide30Slide16Slide9

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI