Archive for: January 2016

Pendaftaran Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2016

Slide29SMIYT KTRG SBT , 11 Januari : Pendaftaran bagi kemasukan pelajar tingkatan 1 tahun 2016 telah diadakan pada pagi kelmarin.

Ianya bermula dengan sesi pendaftaran jam 8.30 pagi dan diikuti dengan sesi taklimat oleh Tuan Pengetua , Encik Mohd Yusoff bin Othman dan disusuli oleh Tuan Haji Mohd Amin Faisal , Penolong Kanan Ulul Albab serta Encik Ridzuan bin Aziz selaku Ketua Waden

Kelihatan ibubapa begitu teruja dengan pemilihan anak mereka bagi mengikuti sesi pembelajran di sekolah ini.

Tahniah dan syabas kepada ibubapa serta pelajar baru kerana memilih sekolah ini sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan.

Slide7Slide30Slide168

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Penghargaan Pengarah JPNT Kepada Kumpulan Dr Duster dan The Miracle

Slide70JPNT , 6 Januari : Sempena Perhimpunan Bulanan JPNT hari ini, kumpulan Dr Duster with Green Cleaner dan The Miracle of Multipurpose Soap yang dibimbing oleh Cikgu Saripah binti Embong telah menerima penghargaan daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, P.J.C., P.J.K. sempena perhimpunan bulanan tersebut. Turut hadir ialah Tuan Pengetua , Encik Mohd Yusoff bin Othman.

Turut menerima penghargaan ialah SM Imtiaz YT Besut.

Tahniah dan syabas

Slide35Slide41Slide31

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Penyampaian Pingat dan Sijil KIDE 2015

IMG-20160105-WA0035

SMIYT KTRG SBT, 6 Januari : Satu majlis penyampaian pingat dan sijil KIDE 2015 Taiwan kepada pasukan Dr Duster with Green Cleaner telah diadakan pagi kelmarin sempena perhimpunan sekolah kali pertama yang disampaikan oleh Tuan Pengetua , Encik Mohd Yusoff bin Othman.

Kumpulan The Miracle of Multipurpose Soap mendapat silver medal diketuai oleh Mohd Faris manakala Kumpulan Azrol Azman mendapat gold medal & Special Award.

Tahniah dan Syabas

IMG-20160105-WA0038IMG-20160105-WA0042

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Mesyuarat Agung Badan Beruniform 2016

IMG-20160105-WA0065

SMIYT KTRG SBT , 6 Januari : Mesyuarat Agung bagi tahun 2016 telah diadakan bagi melantik melantik jawatankuasa serta aktiviti tahunan yang perlu dilaksanakan pada tahun 2016.

Ianya diadakan petang kelmarin di beberapa lokasi seperti di dewan, perpustakaan , bilik kuliah dan sekitarnya.

IMG-20160105-WA0066IMG-20160105-WA0049

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI