Archive for: April 2015

Belaian Bonda Bersama Ibu Bapa Serta Pelajar SPM dan PT3 2015

Slide15SMIYT KTRG SBT , 16 April : Satu rogram belaian bonda Pengetua bersama ibu bapa serta pelajar SPM dan PT3 tahun 2015 telah diadakan hari ini. Ianya bertujuan untuk memberi suntikan semangat kepada pelajar dihadapan ibu bapa masing-masing.

Semoga program seumpama ini akan memberi peluang kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan supaya lebih gigih dan tekun serta menumpukan penuh perhatian dalam pelajaran. Semoga mendapat kejayaan.

Slide16Slide15Slide14Slide13Slide12Slide11Slide10Slide9Slide8Slide6Slide7Slide5Slide4Slide3Slide2Slide1

SMA Al Maidah Ad Diniah Kunjungi Sekolah ini.

Slide1SMIYT KTRG SBT , 5 April : Hari ini pihak pengurusan sekolah telah menerima kunjungan daripada SMA Al Maidah Ad Diniah , Padang Tengku , Kuala Lipis Pahang dalam lawatan penandaarasan.

Mereka terdiri daripada guru dan kakitangan serta pengawas sekolah.Bertujuan untuk melihat sendiri sistem pembelajaran di sini serta melihat pelajar menghafaz Al Quran diwaktu pagi.

Ketibaan rombongan ini seawal jam 7. 30 pagi dan disambut oleh pengurusan sekolah yang terdiri dari Puan Pengetua , Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran, Ustaz Ruslan bin Ibrahim, Penolong Kanan HEM, Tuan haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor bin Yahya , Penolong Kanan Ulul Albab , Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip serta Ketua-ketua Jabatan.

Slide2Slide1