Archive for: April 2014

Sukan MASMAT Akhir 2014

Slide7SMIYT KTRG SBT , 10 April : Kontinjen SM Imtiaz Kuala Terengganu berjanji akan membawa kemenangan dalam pesta Majlis Sukan Sekolah Sekolah Menengah Agama Terengganu ( MASMAT ) yang bermula hari ini dan akhir esok.

Semangat ini perlu digalas oleh semua peserta bagi meraih kemenangan berganda. Harapan semua warga Imtiaz K.Trg semoga membawa kejayaan.

Kontinjen sekolah ini telah berjaya memasuki pertandingan akhir iaitu Pingpong lelaki ( Menengah Atas ) , Pingpong perempuan ( Menengah Atas dan Bawah ) , Bola Jaring ( Menengah atas dan bawah ) dan Sepak Takraw ( Menengah Atas ).

Slide5Slide1Slide2Slide3

 

Karnival Dakwah Peringkat Kebangsaan 2014

Slide383SMIYT KTRG SBT , 10 April : Majlis tersebut telah diadakan bermula 3 – 5 April baru-baru ini. Ianya merupakan pertama kali diadakan.

Banyak aktiviti yang dijalankan antaranya gerai jualan, forum , pertandingan pidato , hafazan, tilawah dan juga nasyid. Begitu juga dengan persembahan konsert Nur Iman yang dijayakan oleh Aiman Akademik Nasyid , Ustaz Abdul Alim Zakaria , bekas penyanyi Shoutul Amal serta Hud Alhashir bekas pelajar sekolah ini yang bercita-cita ingin mernjadi imam Masjidil Haram.

Terdahulu dari itu, ceramah motivasi telah disampaikan oleh Imam Muda Asyraf yang diterbangkan khas dari Kuala Lumpur. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zakaria , Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Slide216Slide310Slide697

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI